disease transmission | penularan penyakit | Perikanan | Akuakultur | Pemindahan agen berjangkit seperti patogen daripada ikan yang sakit kepada ikan yang sihat secara horizontal atau vertikal. Penularan penyakit secara horizontal merujuk kepada pemindahan terus patogen daripada persekitaran melalui sentuhan dengan ikan sakit, najis, air atau peralatan ternakan/tangkapan yang tercemar dengan patogen. Penularan penyakit secara vertikal pula adalah pemindahan jangkitan atau penyakit yang diwarisi daripada induk kepada telur ikan. |
fomite transmission | penularan benda tercemar | Kesihatan Awam | Tiada | Penularan penyakit berjangkit melalui objek, seperti melalui butang lif, tombol pintu dan susur tangan. |
local transmission | penularan tempatan | Kesihatan Awam | Tiada | Keadaan apabila sumber jangkitan telah dikenal pasti dan dilaporkan berlaku di kawasan yang mempunyai penularan jangkitan. |
transmission | penularan/ transmisi | Kejururawatan | Tiada | Penyebaran patogen daripada satu individu kepada individu yang lain. |
community transmission | penularan komuniti | Kesihatan Awam | Tiada | Punca jangkitan penyebaran satu penyakit yang tidak diketahui atau hubungan seseorang individu dengan pesakit yang dijangkiti tidak diketahui. |
contagion effect | kesan penularan | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Kejatuhan nilai harta tanah dan nilai persekitaran sesuatu kawasan disebabkan oleh kejatuhan nilai kawasan sekitar. |
person-to-person transmission | penularan orang ke orang | Kesihatan Awam | Tiada | Keadaan apabila dua individu saling terdedah dalam tempoh yang lama tanpa perlindungan manakala individu pertama tersebut adalah bergejala. |
disease outbreak | wabak penyakit | Perikanan | Akuakultur | Penularan penyakit pada satu-satu masa dan di tempat tertentu dalam populasi ikan. Wabak penyakit terjadi pada satu populasi yang kecil dan boleh merebak kepada populasi yang lebih besar atau ke tempat lain. |
late containment | pembendungan akhir | Kesihatan Awam | Tiada | Peringkat pengawalan terhadap penularan penyakit berjangkit yang dilakukan oleh pihak berkuasa semasa wabak semakin merebak. |
aetiology | etiologi | Perikanan | Akuakultur | Kajian tentang punca dan penyebab penyakit, termasuklah faktor-faktor yang meningkatkan penularan, wabak dan jangkitan agen etiologi pada ikan. |