branching | pencabangan | Kejuruteraan | Polimer | Penumbuhan satu rantaian polimer baru dari satu tapak aktif pada rantaian polimer mantap, pada arah yang berlainan dari arah penumbuhan rantaian mantap. Pencabangan adalah hasil daripada proses pemindahan rantai atau hasil daripada pempolimeran monomer dwifungsi. Pencabangan sangat mempengaruhi ciri polimer. |
growing tyre | penumbuhan tayar | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
step growth polymerization | pempolimeran penumbuhan langkah | Kejuruteraan | Polimer | Pempolimeran yang berlaku menurut langkah atau peringkat tertentu seperti persamaan yang berikut: x mers + y mers = (x + y) mers, dengan rantai sebarang saiz bergabung dan juga dirujuk sebagai tindak balas polipemeluwapan jika berlaku pemeluwapan. |
chain growth polymerization | pempolimeran penumbuhan rantai | Kejuruteraan | Polimer | Pempolimeran yang rantai polimer menumbuh dengan pertambahan monomer dan terus bertindak balas sehingga bekalan monomer habis. Sin. pempolimeran penambahan. |
homopropagation | homoperambatan | Kejuruteraan | Polimer | Perambatan atau penumbuhan rantai polimer yang aktif dengan penambahan monemer yang sejenis. Bdg. perambatan silang. |
addition polymerization | pempolimeran penambahan | Kejuruteraan | Polimer | Lih. pempolimeran penumbuhan rantai. |
cross propagation | perambatan silang | Kejuruteraan | Polimer | Perambatan atau penumbuhan rantai polimer yang aktif dengan penambahan monomer yang berlainan. Bdg. homoperambatan. |
Diels-Alder polymerization | pempolimeran Diels-Alder | Kejuruteraan | Polimer | Kaedah pempolimeran penumbuhan langkah kumpulan yang melibatkan penambatan berfungsi siklo tak tepu ke atas 1, 3-diena. |
isomerization polymerization | pempolimeran pengisomeran | Kejuruteraan | Polimer | Pempolimeran berantai dengan setiap langkah penumbuhan diikuti dengan penyusunan semula pusat aktif sehingga unit berulang tidak boleh dijangkakan daripada struktur monomernya. |
random prepolimer | prapolimer rawak | Kejuruteraan | Polimer | Prapolimer yang dihasilkan daripada tindak balas pempolimeran penumbuhan langkah antara campuran monomer dengan salah satu monomer berkefungsian lebih daripada dua. Tindak balas diberhentikan sebelum pembentukan rangkaian atau pengkelatan berlaku. |