Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.num.pang] | ڤنومڤڠ

Definisi : 1. orang yg menaiki kereta dll (utk berpergian): setelah kereta api berhenti, berebut pula ~ hendak turun; 2. orang yg tinggal (menginap, singgah, dll) di tempat orang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.num.pang] | ڤنومڤڠ

Definisi : orang yg menumpang (di rumah tumpangan, kenderaan dll): Para ~ penuh sesak dlm bas itu. kapal ~ kapal yg membawa orang saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tumpang
Kata Terbitan : menumpang, menumpangkan, penumpang,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
passenger liabiliyliabiliti penumpanginsuransTiadaAmaun had liabiliti terhadap pengangkutan kepada penumpang ke atas kecederaan anggota badan penumpang adalah berbeza mengikut jenis pengangkutan. Liabiliti terhadap penumpang kapal terbang dihadkan amaunnya oleh konvensyen dan perundangan antarabangsa. Liabiliti tuan punya kapal laut terhadap penumpangnya dihadkan oleh perundangan. Pengguna kenderaan bermotor mungkin tidak boleh mengetepikan tanggungan liabilitinya kepada penumpang melalui kontrak. Dengan itu dia perlu menginsuranskan liabiliti tersebut tanpa had ke atas amaun.
passenger transferpindah penumpangPelanconganTiadaProses memindahkan penumpang dari terminal ke destinasi akhir.
revenue passenger milehasil perbatuan penumpangPelanconganTiadaPengiraan pendapatan berdasarkan jumlah penumpang berbayar didarab dengan jarak perbatuan perjalanan bagi tujuan penetapan harga tambang.
passenger service agencyagensi perkhidmatan penumpangPelanconganTiadaAgensi yang menyediakan perkhidmatan kepada penumpang untuk memudahkan urusan perjalanan.
aircraft passengers policypolisi penumpang pesawat udarainsuransTiadaInsurans yang berhubung dengan liabiliti kepada penumpang pesawat udara.
passenger traffic managerpengurus trafik penumpangPelanconganTiadaIndividu yang bertanggungjawab untuk mengendalikan pergerakan penumpang dari satu destinasi ke destinasi yang lain.
passenger service agentejen perkhidmatan penumpangPelanconganTiadaWakil agensi yang menguruskan segala urusan perkhidmatan kepada penumpang. Sinonim passenger service representative.
passenger car unit (C.P.U.)unit kereta penumpangPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaUnit penyetaraan yang menyetarakan semua jeniss kenderaan berdasarkan unit kereta penumpang.
aerobridgejambatan udaraAeroangkasaTiadaJejambat bertutup yang digunakan oleh penumpang untuk naik atau turun dari pesawat udara. Kegunaannya di terminal pelabuhan udara adalah untuk kemudahan penumpang di samping memberi keselesaan dan keselamatan.
design weightberat rekaanKejuruteraan AutomotifTiadaBerat kenderaan yang direka dan disesuaikan untuk proses rekaan agar prestasi pada berat ini berada pada tahap optimum. Contoh berat rekaan untuk kereta dengan lima tempat duduk ialah berat kosong ditambah dua penumpang (seorang pemandu dan seorang penumpang), kargo seberat 14 kilogram (7kg x 2 penumpang) ditambah berat tangki minyak penuh.
123456

Kembali ke atas