heart sound | bunyi jantung | Kejururawatan | Tiada | Bunyi jantung normal lub-dub yang dapat didengar dengan bantuan stetoskop. Bunyi lub dihasilkan dengan penutupan injap mitral dan trikuspid, manakala bunyi dub dengan penutupan injap aorta dan pulmonari. |
soft landing | penutupan bertahap | Umum | Tiada | Strategi yang dibina untuk membuat peralihan yang mudah daripada satu fasa ke fasa yang lain hingga fasa yang terakhir dengan matlamat utama untuk merealisasikan prestasi operasi yang optimum. |
cold shutdown | penutupan sejuk | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Keadaan apabila teras dan sistem penyejukan reaktor nuklear stabil pada suhu dan tekanan persekitaran selepas diberhentikan kendaliannya. |
valve incompetent | inkompeten injap | Kejururawatan | Tiada | Penutupan injap yang tidak sempurna dan mengakibatkan pengaliran balik darah. |
masking | penopengan | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Penutupan tempat tertentu dengan pita perekat untuk mengelakkan terkena semburan cat. |
occlusion effect | kesan oklusi | Sains Kesihatan | Tiada | Kesan penutupan satu atau kedua-dua telinga yang ditunjukkan oleh peningkatan keamatan bunyi. |
lithography | litografi | Fizik | Nanoteknologi | Kaedah penghasilan litar bersepadu yang melibatkan penutupan sebahagian besar permukaan dengan filem peka cahaya dan bahagian yang lain dibuang dengan hentaman zarah alur elektron, sinar-X atau sinaran ultralembayung sehingga suatu corak terhasil. Kaedah ini biasanya digunakan dalam industri semikonduktor. |
valve train | rangkaian injap | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Mekanisme yang menggerakkan pembukaan dan penutupan injap dalam enjin empat kitar, termasuk semua komponen yang ada dari bahagian aci sesondol hingga ke injap. |
valve timing | pemasaan injap | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Masa yang berhubung dengan pembukaan dan penutupan injap, menurut kedudukan omboh di dalam silinder enjin. |
tanka | tanka | Kesusasteraan | Tiada | Puisi lirik klasik Jepun. Puisi ini bermula sebagai puisi istana pada abad ketujuh. Bentuk tanka hampir serupa dengan haiku, iaitu bentuknya tetap dan mampat. Tanka bersifat silabik dan terbentuk daripada 31 suku kata dalam lima baris. Baris pertama dan kelima mempunyai lima suku kata, dan baris lainnya mempunyai tujuh. Stail tanka agak formal dari segi diksi dan suasana, temanya bertumpu pada sesuatu imej, suasana, atau peristiwa yang tertentu. Subjeknya bersifat lirik, seperti alam, cinta dan berupa rintihan. Contohnya karya yang dihasilkan oleh seorang penyair pada abad ke-20, iaitu Ladiy Izumi Shikibu: Berbaring di sini bersendirian, Tenggelam begini memikirkanmu, Sampai terlupa menyikat, Rambut kusutku � oh kalaulah, Tanganmu membelai, menyisirnya! Lazimnya, dalam tanka dan haiku ada perubahan mendadak pada bahagian penutupan atau hampir kepada penutupan. Tanka dikenali juga sebagai waka atau uta. Lihat juga bentuk, ghazal, imagisme. |