intermediate disability | hilang upaya perantaraan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Kecederaan atau penyakit yang menyebabkan hilang upaya sehingga tidak boleh dipulihkan. |
channel catfish virus (CCV) | virus ikan keli terusan (CCV) | Perikanan | Akuakultur | Sejenis herpesvirus, Ictalurid Herpesvirus 1 daripada famili Alloherpesviridae yang menyebabkan penyakit kepada ikan berduri seperti ikan patin, keli dan baung. Ikan yang diserang penyakit ini menunjukkan tanda-tanda seperti kembung perut/perut buncit, mata membonjol dan perdarahan di sirip dan otot. |
rust | kerat; rusta (penyakit) | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Karat: Lapisan yang berwarna perang kemerah-merahan pada logam yang terjadi akibat tindakan air dan udara. |
swabber | jurucalit; alat calit | Kesihatan Awam | Tiada | 1. Jurucalit: Individu yang mengambil sampel tisu atau rembesan dari tekak atau hidung untuk digunakan sebagai bahan uji bagi mengesan virus penyebab penyakit. 2. Alat calit: Alat yang digunakan untuk mengambil sampel tisu atau rembesan di dalam tekak atau hidung yang dijadikan sebagai bahan uji bagi mengesan virus penyebab penyakit. |
drug | dadah | Sains Kesihatan | Tiada | 1. Agen kimia yang mempunyai kesan baik dan buruk ke atas organisma hidup dan boleh digunakan dalam amalan klinikal untuk merawat, menghalang dan mengenal pasti penyakit. 2. Bahan kimia yang disalah gunakan seperti agen narkotik. |
fissure | rekahan | Kejururawatan | Tiada | 1. Dalam anatomi, merujuk kepada alur atau celah yang memisahkan sesuatu organ seperti di otak atau hepar. 2. Retakan di kulit atau membran mukosa disebabkan oleh proses penyakit. |
additive | aditif | Perikanan | Akuakultur | Bahan tambahan yang dimasukkan ke dalam makanan ternakan untuk tujuan tertentu, seperti menggalakkan pertumbuhan, meningkatkan pencernaan dan menghindari penyakit. Contohnya, ubat-ubatan, penggalak pertumbuhan, enzim, probiotik dan koksidiostat. Kadar yang diperlukan adalah sangat sedikit, iaitu sekitar 0.1 – 3%. |