connecting rod bearing | galas rod penyambung | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Pasangan sesendal yang terpisah kepada dua bahagian yang dipasang pada hujung besar rod penyambung dan memisahkan rod penyambung dengan jurnal rod penyambung pada aci engkol. Fungsi sesendal ini adalah untuk melincirkan putaran aci engkol dalam hujung besar rod penyambung dengan dibantu oleh minyak pelincir. Pada masa yang sama, galas ini menanggung beban rod penyambung dan komponen yang ditanggungnya serta beban yang dijana oleh proses pembakaran. Galas ini diperbuat daripada logam lembut seperti plumbum. Sinonim galas rod. |
crankpin | cemat engkol | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Bahagian pada aci engkol yang bersentuh dengan rod penyambung. Bahagian ini mempunyai permukaan yang sangat licin dan berfungsi sebagai galas jurnal kepada hujung besar rod penyambung. Sentuhannya dengan rod penyambung dilincirkan oleh minyak pelincir. |
splayed crankpins | cemat engkol rencong | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Cemat engkol enjin V yang terletak pada kedudukan rencong sedikit supaya setiap rod penyambung mempunyai cemat rod penyambung sendiri untuk mengurangkan gelaran. |
interface | antara muka; alat penyambung | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Alat penyambung: Alat yang menyambung dua peranti. |
connecting rod cap | tukup rod penyambung | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Bahagian yang dipasang pada hujung bawah rod penyambung. |
articular capsule | kapsul sendi | Sains Sukan | Biomekanik | Bahagian yang terbina daripada tisu penyambung yang mengelilingi sendi sinovial. Tisu penyambung melekat pada tulang di kedua-dua belah sendi. Lihat juga sendi sinovial. |
bearing cap | tukup galas | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Pengapit logam tegal yang menjadi pasangan kepada rod penyambung. Tukup ini digunakan untuk memegang galas rod penyambung atau galas utama pada aci engkol. |
guide sleeve | sarung pandu | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Sarung berbentuk tiub yang terletak pada bolt rod penyambung untuk mengelakkan jurnal aci engkol dicalarkan oleh bebenang bolt tersebut semasa rod penyambung dikeluarkan. Hos getah yang pendek biasanya boleh digunakan sebagai sarung pandu. |
piston pin | cemat omboh | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Komponen berbentuk silinder berlubang yang diperbuat dari- pada keluli dan digunakan untuk mengikat omboh pada rod penyambung. Cemat omboh membenarkan rod penyambung berayun semasa omboh bergerak secara linear. Sinonim cemat sendi. |
press fit piston pin | cemat omboh gegas tekan | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Cemat yang menghubungkan omboh dengan rod penyambung dan ditetapkan kedudukannya di kedua-dua hujung oleh gelang sentap. Keadaan ini membolehkan cemat bebas berpusing dalam tombol omboh dan juga hujung rod penyambung. |