flipped learning | pembelajaran balikan | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Pendekatan pembelajaran yang melibatkan penyampaian maklumat atau kuliah kepada pelajar secara individu, manakala aktiviti pembelajaran dijalankan secara berkumpulan. Penyampaian maklumat dijalankan dalam persekitaran pembelajaran individu melalui rakaman video, siar pod, siar web dan sebagainya. Aktiviti pembelajaran secara berkumpulan dijalankan dalam persekitaran pembelajaran kumpulan seperti bilik darjah dan kuliah. Pembelajaran balikan menggalakkan pembelajaran aktif dan kolaboratif. |
video learning | pembelajaran bervideo | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Penyampaian kandungan pembelajaran melalui video yang dimuat turun atau penstriman dalam persekitaran e-pembelajaran. Biasanya, video ini direka bentuk pendek, menarik dan dapat mengekalkan perhatian pelajar. |
micro-learning | pembelajaran mikro | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Pendekatan penyampaian pembelajaran atau latihan yang melibatkan unit pembelajaran kecil, singkat dan lengkap yang terdiri daripada beberapa kandungan secekut dan aktiviti pembelajaran jangka pendek. |
digital storytelling | penceritaan digital | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Kaedah penyampaian kandungan sesuatu tajuk yang menggabungkan video, foto dan grafik digital dengan kaedah penceritaan. Video pendek berdurasi dua ke tiga minit yang mengandungi unsur visual, audio, bunyi, animasi dan suara latar berdasarkan skrip bagi mencipta cerita digital yang menarik. Kaedah penceritaan digital ini boleh diintegrasikan ke dalam pelbagai aktiviti e-pembelajaran. |
learning service provider (LSP) | pembekal perkhidmatan pembelajaran (LSP) | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Syarikat yang menyediakan perkhidmatan dan produk sistem penyelesaian teknologi maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran dan latihan kepada organisasi atau individu secara atas permintaan, bayar apabila guna atau penyampaian secara model hibrid. |
pedagogy | pedagogi | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Bidang ilmu yang berkaitan dengan teknik pengajaran yang merangkumi cara penyampaian kandungan pembelajaran, pelaksanaan aktiviti pembelajaran dan interaksi bersama-sama pelajar. |
course map | peta kursus | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Garis panduan visual yang menunjukkan struktur susunan penyampaian dan peraturan sesuatu kursus. Peta kursus ini memudahkan kefahaman pelajar serta memberikan bimbingan mengenai arah tuju sesuatu kursus pembelajaran dengan jelas. |
educational technology | teknologi pendidikan | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Bidang kajian penggunaan teknologi semasa untuk memperbaik penyampaian pendidikan yang merangkumi semua aspek perekabentukan, pembangunan, pelaksanaan, pengurusan, pemantauan, dan pentaksiran pengajaran dan pembelajaran. E-pembelajaran merupakan salah satu cabang dalam teknologi pendidikan. |
flexible learning | pembelajaran luwes | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Pendekatan pembelajaran yang menawarkan pilihan masa, lokasi, pengajaran, kandungan dan mod penyampaian mengikut keperluan pelajar tersebut. Pilihan pelajar tertakluk kepada keperluan kursus dan pensijilan. E-pembelajaran memudahkan pelaksanaan pembelajaran luwes. Sinonim pembelajaran fleksibel. |
flipped classroom | kelas balikan | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Strategi pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan pembelajaran teradun. Strategi ini memerlukan pelajar untuk mengikuti penyampaian pelajaran atau kandungan pembelajaran secara kendiri dalam talian dan kemudiannya aktiviti pelajaran seperti tugasan, tutorial atau kerja rumah dijalankan dalam kelas bersama-sama dengan pengajar. Lihat juga pembelajaran teradun. |