Penyanyi wanita dalam ensembel muzik gamelan Jawa. Penyanyi pesindhen membungai melodi asas atau balungan mengikut improvisasi alat muzik rebab. Sinonim pesinden.
Proses jual beli rangkap puisi antara seorang penyanyi lelaki dengan seorang penyanyi perempuan dalam muzik masyarakat Portugis di Melaka seperti branyo. Mata kantiga dalam bahasa Kristang bermaksud mematikan lagu. Lihat juga branyo.
Genre vokal improvisasi dalam muzik Arab yang dinyanyikan oleh penyanyi solo. Penyanyi diiringi alat muzik bertali, iaitu oud.
Nyanyian hiburan kaum Melayu dan kaum Baba Nyonya di Melaka, Pulau Pinang dan Singapura. Penyanyi akan menjual beli pantun sambil sindir-menyindir. Pantun biasanya diucapkan secara spontan dan biasanya bertemakan kasih sayang, budi pekerti, buah-buahan, jenaka dan nasihat. Penyanyi dondang sayang diiringi ensembel biola, akordion, rebana dan gong yang didendangkan dalam rentak asli. Dondang sayang bermaksud berdendang sayang, iaitu menyanyi untuk menunjukkan sifat kasih.
Thanks for clicking. That felt good.