high-throughput screening (HTS) | penyaringan keupayaan celusan tinggi (HTS) | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Kaedah penyaringan sebatian berpotensi daripada perpustakaan sebatian kimia dalam pencarian ubat-ubatan baharu menggunakan kaedah perkomputeran. |
herbal screening | penyaringan herba | Herba | Pemiawaian | Pemilihan tumbuhan herba yang mempunyai sebatian kimia dan aktiviti biologi yang boleh digunakan dalam perubatan. Penyaringan herba dilakukan secara analisis kualitatif dan kuantitatif. |
herbal straining | penyaringan herba | Herba | Tiada | Kaedah untuk mengasingkan bahan herba berzarah besar daripada cecair ekstrak dengan cara melalukan cecair menerusi medium berturas tenun atau plug berkapas. Contohnya penyaringan serbuk daun teh atau kopi. Sinonim penurasan kasar. |
mass screening | penyaringan massa | Kesihatan Awam | Tiada | Prosedur yang dirancang secara berkala yang dikenakan terhadap kelompok besar individu bagi mengesan penyakit agar rawatan dapat dimulakan atau menghindari penyebaran, sebagai sebahagian daripada kempen kesihatan awam. |
coarse filtration | penurasan kasar | Herba | Tiada | Lihat penyaringan. |
nutritional screening | saringan pemakanan | Sains Kesihatan | Tiada | Proses mengenal pasti status atau penyaringan status pemakanan. |
high-throughput method | kaedah keupayaan celusan tinggi | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Teknik yang berupaya meningkatkan keupayaan penyelidikan biologi berskala rendah kepada yang berskala tinggi. Kaedah keupayaan celusan tinggi digunakan untuk penyaringan yang lebih berkesan bertujuan menyelidik sistem yang kompleks, yang mempunyai data daripada pelbagai jenis, saiz dan dimensi. |
functional metagenomics | metagenomik kefungsian | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Pengasingan DNA daripada komuniti mikroorganisma untuk mengkaji fungsi protein yang dikodkan. Proses ini melibatkan pengklonan fragmen DNA, pengekspresan gen dalam hos pengklonan dan penyaringan aktiviti enzim yang tertentu. |