Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nya.ta] | ڤڽات

Definisi : sesuatu yg dinyatakan secara rasmi, permakluman rasmi, keterangan bertulis tentang sesuatu: setelah mengetahui untung rugi perniagaan dlm sesuatu masa itu, maka perlulah disiapkan pula satu ~; ~ kira-kira penyata (keterangan) yg menjelaskan ke­dudukan kira-kira; ~ tahunan laporan ta­hunan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nya.ta] | ڤڽات

Definisi : yg dinyatakan secara rasmi; makluman rasmi: ~ tahunan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nyata (adjektif)
1. Bersinonim dengan terang: jelas, ketara, izhar, jali, jaleh,
Berantonim dengan kabur

2. Bersinonim dengan benar-benar ada: wujud, maujud, kasatmata,

Kata Terbitan : menyatakan, ternyata, kenyataan, pernyataan, penyataan, penyata,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
financial statementpenyata kewanganEkonomiEkonomi IslamPenyata yang melaporkan kedudukan kewangan pada tarikh tertentu atau hasil operasi institusi kewangan. Antara penyata ini ialah kunci kira-kira, penyata untung rugi dan penyata sumber dan penggunaan dana. Bagi institusi kewangan Islam, kedudukan kewangan harus memenuhi garis panduan Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB-i), garis panduan Bank Negara (GPIS) dan pematuhan syariah.
accounting softwareperisian perakaunanTeknologi MaklumatPerisianPerisian yang membantu pengurusan perakaunan sesebuah organisasi. Perisian ini dapat membantu dalam penjanaan penyata kewangan yang terdiri daripada penyata pendapatan, penyata aliran tunai dan kunci kira-kira. Contohnya, perisian Peachtree, MYOB, GnuCash dan UBS.
statement of the pollpenyata pengundianUndang-undangTiadaPenyata yang disediakan oleh ketua tempat mengundi selepas selesai mengira undi atau penyata yang disediakan oleh pegawai pengurus selepas selesai mengira undi pengundi pos.
accounting information system (AIS)sistem maklumat perakaunan (AIS)Teknologi MaklumatPerisianSistem yang mengandungi set aplikasi bagi menguruskan hal yang berkaitan dengan pengurusan perakaunan sesebuah organisasi. Sistem ini biasanya mengandungi modul penyata kewangan yang terdiri daripada penyata pendapatan, penyata aliran tunai dan kunci kira-kira. Sistem ini dihubungkan dengan pangkalan data yang menyimpan semua maklumat perakaunan dan boleh dicapai melalui rangkaian. Sistem tanpa kertas ini mampu meningkatkan kecekapan pengurusan perakaunan.
auditauditPentadbiranTiadaPemeriksaan penyata kewangan organisasi oleh juruaudit untuk menentukan sama ada penyata telah diuruskan dengan cara yang betul.,Memeriksa penyata kewangan untuk disemak.
confidence statementpenyata keyakinanPerubatanTiadaPenyata yang menerangkan tahap atau peratus keyakinan sesuatu terjadi tanpa elemen kemungkinan.
account renderedpenyata dikemukaPentadbiran PerniagaanTiadaPenyata untuk memaklumi pelanggan jumlah hutang bagi barangan dan perkhidmatan yang dibekalkan kepada mereka.
common-size statementpenyata sama saizPentadbiranTiadaPenyata kewangan, iaitu butir-butir dinyatakan dalam peratusan, bukan ringgit.
pro forma statementpenyata pro formaPentadbiranTiadaPenyata pendapatan yang dianggar untuk tempoh hadapan.
consolidated financial statementpenyata kewangan disatukanPentadbiranTiadaPenggabungan penyata kewangan syarikat induk dengan subsidiarinya dalam suatu tempoh perakaunan. Sinonim: combined financial statement
12345678910...

Kembali ke atas