pesticide residue contamination | kontaminasi residu pestisid | Herba | Tiada | Pencemaran bahan pestisid yang terkumpul daripada amalan pertanian seperti penyemburan, perawatan tanah semasa penanaman dan penyemburan bahan fumigan semasa penstoran. Contoh kelas bahan pestisid adalah seperti organoklorin, organofosfat, karbamat dan sebagainya. Pestisid biasanya digunakan untuk mengelakkan serangga dan haiwan perosak daripada menyerang tumbuh-tumbuhan, tetapi penggunaannya yang berlebihan menyebabkan pencemaran kepada tanah dan sistem pengairan. Penentuan residu pestisid berguna untuk memastikan kualiti suatu bahan mentah herba. Residu pestisid dalam bahan herba yang melebihi nilai piawai boleh memudaratkan kesihatan pengguna. Residu ini boleh dikesan menggunakan kaedah kromatografi dan spektroskopi. Secara umumnya, WHO mengehadkan nilai piawai residu aldrin atau dieldrin bagi bahan herba tidak melebihi 0.05 ppm. British dan European Pharmacopoeia pula mengehadkan nilai piawai residu pestisid organoklorin dalam lemak bulu tidak melebihi 0.05 ppm. |
spraying | penyemburan | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Proses menyembur cat dengan mengenakan tekanan ke atas bahan cat untuk mendapatkan bentuk semburan yang halus. |
spraying technique | teknik penyemburan | Buluh | Tiada | Kaedah mengawet buluh dengan cara menyembur larutan bahan pengawet ke permukaan buluh. |
electrodeposition | elektromendapan | Fizik | Nanoteknologi | Pemendapan logam pada katod daripada elektrolit yang mengandungi ion logam tersebut. Kaedah elektromendapan yang lain ialah semburan nanozarah bercas ke atas permukaan bervoltan tinggi. Kaedah ini dapat digunakan dalam proses penyemburan cat ke atas badan kereta bagi memastikan penyalutan cat yang sekata terutamanya pada bahagian yang sukar dicapai. Contohnya, penyaduran elektrik logam kromium, kuprum dan emas. |