stema | stema | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah dalam kerja penyuntingan sesebuah teks untuk mencari teks asal atau teks prototaip. Kaedah ini melibatkan kajian perbandingan versi naskhah secara kajian filologikal, diikuti dengan penurunan garis keturunan naskhah dari atas ke bawah. Sistem penyuntingan ini dikenali juga sebagai stematologi. Contoh penyuntingan teks berdasarkan stema ini dapat dilihat dalam kajian L. F Brakel 1988 ke atas versi naskhah bertajuk Hikayat Muhammad Hanafiyyah. |
editing | penyuntingan | - | Tiada | Proses menyemak dan menambah baik manuskrip yang melibatkan bahasa, persembahan, fakta, bahan grafik dan lain-lain. |
genome editing | penyuntingan genom | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Proses membuat perubahan kepada genom yang melibatkan penambahan, pembuangan atau pengubahsuaian bahan genetik pada lokasi tertentu. Proses ini diaplikasikan sebagai teknologi yang memberikan keupayaan kepada saintis untuk menukarkan DNA dalam organisma. |
RNA editing | penyuntingan RNA | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Proses tukar ganti satu bes nukleotida dalam molekul RNA yang telah ditranskripsikan oleh polimerase RNA dalam sesuatu sel. |
substantive editing | penyuntingan substantif | - | Tiada | Lihat content editing. |
table editing | penyuntingan meja | - | Tiada | Lihat copy editing. |
content editing | penyuntingan kandungan | - | Tiada | Proses menyunting teks yang merangkumi penambahbaikan terhadap susunan struktur, persembahan dan fakta. Sinonim substantive editing. |
copy editing | penyuntingan naskhah | - | Tiada | Proses menyunting teks yang merangkumi penambahbaikan terhadap bahasa, keselarasan, ketekalan dan susunan. Sinonim table editing. |
CRISPR–enabled epigenome editing | penyuntingan epigenom berbantu CRISPR | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | - |
chinamark | penanda | Komunikasi | Tiada | Pensel berwarna putih yang digunakan untuk menanda bahagian-bahagian filem yang hendak dipotong semasa penyuntingan. pensel cina, penukis. |