Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.pe.jal] | ڤڤجل

Definisi : benda yg mempunyai bentuk yg tidak berubah-ubah, benda padat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.pe.jal] | ڤڤجل

Definisi : benda yg mempunyai bentuk yg tidak berubah-ubah; benda yg pejal atau keras (spt batu, kayu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pe.pe.jal] | ڤڤجل

Definisi : benda-benda yg pejal (bukan gas atau cecair). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pepejal


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
amorphousamorf/amorfusNanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanPepejal bukan hablur yang atomnya tidak tersusun secara berkala. Contoh pepejal amorfus ialah kaca tingkap, gel, filem tipis, dan bahan-bahan nano struktur seperti kaca. Sinonim pepejal amorfus, pepejal tidak berhablur.
waxlilinHerbaTiadaBahan pepejal atau separa pepejal pada suhu bilik dan tidak larut dalam air. Lilin diperoleh daripada tumbuhan atau haiwan. Lilin membentuk lapisan pelindung tidak telus air pada daun, batang, buah, bulu haiwan dan intergumen serangga dan digunakan sebagai bahan tambahan farmaseutikal. Contohnya, lilin lebah kuning yang diperoleh daripada sarang lebah (Apis mellifera) dan lilin karnuba daripada daun Copernicia cerifera.
nanoporenanoliangFizikNanoteknologiLiang kecil bersaiz satu molekul kecil pada bahan pepejal, nanozarah atau membran. Contohnya, alur protein dalam dwilapisan lipid atau liang dalam membran bahan pepejal. Liang daripada bahan pepejal diperbuat daripada membran sebatian silikon biasanya silikon nitrat. Antara teknik pembuatannya termasuklah menggunakan alur elektron dan alur ion. Nanoliang ini dapat digunakan sebagai pengesan molekul tunggal, contohnya dalam analisis interaksi protein DNA.
mortar and pestlealu dan lesungHerbaTiadaSepasang peralatan yang digunakan untuk mengisar dan mencampurkan bahan pepejal atau separa pepejal herba. Alu ialah alat penumbuk atau pengisar manakala lesung merupakan bekas seperti mangkuk. Alu dan lesung biasanya dibuat daripada bahan seperti tembikar, marmar atau kaca.
solid waste managementpengurusan sisa pepejalTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauPerancangan, pengumpulan, pengisihan, pengitaran atau penggunaan semula, pengangkutan, perawatan dan pelupusan bahan pepejal yang dibuang. Pengurusan sisa pepejal dilakukan mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127).
electrical double layerlapisan ganda dua elektrikKimiaKimia AnalisisSuatu keadaan yang biasanya terbentuk pada antara muka pepejal dengan cecair. Permukaan pepejal yang dilapisi oleh ion-ion bercas positif akan dikelilingi oleh ion-ion negatif daripada cecair. Terdapat suatu kecerunan keupayaan elektrokinetik merentas lapisan ganda dua itu yang dikenali sebagai keupayaan zeta.
fatty acidasid lemakHerbaPemiawaianAsid karboksilik yang berantai lurus, sama ada tepu atau tidak, terdiri daripada rangkaian kumpulan alkil yang mengandungi 4 hingga 22 atom karbon dan satu kumpulan karboksil, -COOH. Asid ini wujud dalam bentuk pepejal, separuh pepejal atau cecair. Asid lemak tergolong dalam kumpulan lipid, dan kebanyakannya wujud secara semula jadi dalam herba, seperti asid linoleik dan asid palmitik.
liquid-solid chromatographykromatografi cecair-pepejalKimiaKimia AnalisisTeknik kromatografi yang menggunakan pepejal berliang sebagai fasa pegun dan cecair sebagai fasa bergerak. Pemisahan terjadi disebabkan oleh perbezaan keseimbangan penjerapan komponen-komponen di dalam sampel dengan fasa gerak.
liquid-solid extractionpengekstrakan cecair-pepejalHerbaTiadaProses pemisahan komponen kimia terlarut daripada suatu pepejal dengan menggunakan pelarut cecair. Contohnya, pemisahan bahan aktif asiatikosida daripada daun pegaga dengan menggunakan pelarut campuran air dan alkohol.
gas-solid chromatography (GSC)kromatografi gas-pepejal (GSC)HerbaPemiawaianKromatografi gas yang menggunakan pepejal sebagai fasa pegun seperti alumina, silika, karbon, penyaring molekul dan polimer.
12345678910...

Kembali ke atas