peptidyl transferase | peptidil transferase | Farmasi | Tiada | Enzim yang memangkin pembentukan ikatan peptida dalam biosintesis protein dan peptida. |
small peptide | peptida kecil | Fizik | Nanoteknologi | Sebatian kimia yang terbentuk hasil daripada gabungan dua atau lebih asid amino, tetapi tidak melebihi 10 asid amino melalui ikatan kovalen dengan mengikat kumpulan karboksil daripada salah satu asid amino dengan kumpulan amino daripada sebatian asid amino bersebelahannya. Sebatian ini terdapat secara tabii dalam tisu biologi atau dapat juga dihasilkan secara sintetik. Manakala, protein yang mengandungi 50 - 100 asid amino ialah peptida besar. Sinonim ligopeptida. |
lygopeptide | ligopeptida | Fizik | Nanoteknologi | Lihat peptida kecil. |
endorphin | endorfin | Kejururawatan | Tiada | Sejenis peptida yang terdapat dalam otak secara semula jadi. Ia bertindak seperti opiat dan boleh melegakan kesakitan. |
Merrifield method | kaedah Merrifield | Fizik | Nanoteknologi | Teknik mensintesis peptida menggunakan kaedah fasa pepejal. Dalam teknik ini, hasil sintesis ditulenkan dan diasingkan secara penurasan dan pembasuhan oleh manik pepejal yang berliang. Teknik ini dikemukakan oleh R. Bruce Merrifield, iaitu Profesor dari Universiti Rockefeller yang kemudiannya telah memenangi Hadiah Nobel dalam bidang kimia pada tahun 1984 atas penemuan ini. |
protein tagging technique | teknik penandaan protein | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Kaedah apabila urutan peptida dicantumkan secara genetik pada protein rekombinan. Penandaan ini biasanya boleh ditanggalkan oleh agen kimia atau enzim. Teknik penandaan protein bertujuan untuk mengesan tingkah laku atau perubahan sesuatu protein di dalam sel. |
peptidyl transferase | peptidil transferase | Farmasi | Tiada | Enzim yang terdapat dalam lintasan metabolik glutation yang kumpulan glutamilnya dipindahkan daripada suatu baki asid amino kepada suatu peptida glutamil kepada mana-mana asid amino kecuali prolina untuk membentuk dipeptida glutamil yang baru. Enzim ini berguna dalam pengangkutan asid amino dan dalam diagnosis jaundis obstruktif. |
protein | protein | Fizik | Nanoteknologi | Sebatian organik besar yang terdiri daripada susunan rantaian linear beberapa jenis asid amino bersaiz 0.6 nm. Asid amino disambung antara satu sama lain menerusi ikatan peptida. Protein memainkan peranan penting bagi setiap proses dalam sel organisma hidup. Contoh protein ialah mioglobin. |
Golgi apparatus | perkakas Golgi | Veterinar | Tiada | Struktur dalam sel yang terdiri daripada satu susunan lamela terikat membran yang terletak dalam sitoplasma sel. Perkakas Golgi mempunyai tiga peranan penting; iaitu mengubah suai molekul kompleks seperti protein dengan menambahkan gula; mengurai molekul peptida untuk menjadikannya aktif dan mengisih molekul sama ada untuk diangkut keluar sel; dimasukkan ke dalam membran sel atau diangkut ke tempat lain dalam sel. |
Golgi apparatus | perkakas Golgi | Veterinar | Tiada | Struktur dalam sel yang terdiri daripada satu susunan lamela terikat membran yang terletak dalam sitoplasma sel. Perkakas Golgi mempunyai tiga peranan penting, iaitu mengubah suai molekul kompleks seperti protein dengan menambahkan gula, mengurai molekul peptida untuk menjadikannya aktif dan mengisih molekul sama ada untuk diangkut keluar sel, dimasukkan ke dalam membran sel atau diangkut ke tempat lain dalam sel. |