nanosecond | nanosaat | Teknologi Maklumat | Tiada | Unit masa yang mewakili satu per satu bilion saat (10-9 saat). Ia menjadi ukuran masa untuk membaca atau menulis pada cakera keras, ingatan capaian rawak (RAM) atau cakera padat ingatan baca sahaja (CD-ROM). Ia juga mengukur masa perjalanan paket data dalam Internet. |
breakbulk cargo | kargo pelbagai | Pelayaran | Tiada | Kargo umum yang dikendalikan satu per satu tidak seperti kargo yang dikontenakan. |
individual tree selection | pemilihan pokok individu | Perhutanan | Tiada | Perbuatan memilih pokok satu per satu mengikut criteria yang tertentu. |
serial vision | penglihatan bersiri | Landskap | Tiada | Gambaran pemandangan yang dapat dilihat satu per satu dalam sesebuah taman atau landskap semula jadi. |
individual tree selection | pemilihan pokok individu | Perhutanan | Pengurusan Hutan | Perbuatan memilih pokok satu per satu mengikut criteria yang tertentu. |
bowling machine | mesin baling | Sukan | Tiada | Mesin yang digunakan sebagai alat mengeluarkan bola satu per satu. |
intercutting | sunting silang | Pendidikan | Tiada | Teknik menyunting filem atau video yang menunjukkan berbagai-bagai tangkapan subjek yang sama satu per satu untuk meningkatkan kesan dramatik. |
bull chain | rantai gelung penaik | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Rantai berterusan yang digunakan untuk memunggah dan menarik kayu balak satu per satu dari kolam balak ke kilang. |
control flow | aliran kawalan | Teknologi Maklumat | Perisian | Kawalan yang dilakukan oleh atur cara komputer dalam melaksanakan jujukan perintah satu per satu. Kawalan ini menghasilkan kesinambungan tindakan dalam atur cara tersebut. Sekiranya sesuatu komputer boleh melaksanakan jujukan perintah secara serentak, maka satu atur cara boleh juga mengawal jujukan tindakan secara serentak. Dalam konteks ini, jujukan tindakan ini dipanggil bebenang. Lihat juga bebenang. |
rotary milking parlour | parlor perusu berputar | Veterinar | Tiada | Tempat memerah susu yang berbentuk bulat dan boleh berputar. Lembu yang akan diperah susunya akan memasuki petak yang terdapat dalam ruang ini yang disediakan satu per satu dan semasa susu diperah menggunakan mesin, alat ini berputar dengan halaju tertentu. Selepas satu putaran, perahan akan tamat dan lembu tersebut akan keluar dari tempat tersebut. Kemudian, lembu lain pula akan memasuki tempat ini untuk diperah susunya. Biasanya, dalam suatu masa sebanyak sepuluh ekor lembu boleh diperah susunya secara serentak. |