Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ra.kuan]/[per.a.kuan] | ڤراکوان

Definisi : 1. proses memperakukan sesuatu; 2. sesuatu yg diperakukan, saranan serta sokongan (utk dipertimbangkan, diterima, dilaksanakan, dsb): ~-~ Kongres itu telah mendapat perhatian kerajaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ra.kuan]/[per.a.kuan] | ڤراکوان

Definisi : hasil atau hal memperakukan: ~ pihak Sirim perlu didapatkan sebelum sesuatu barang boleh dijual kpd pengguna. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perakuan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
certificate revocationpembatalan perakuanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerTindakan menarik semula perakuan yang boleh dilakukan oleh autoriti perakuan atau pemilik perakuan tersebut. Biasanya, pembatalan ini terjadi apabila kekunci perakuan tidak sah.
certificate expirytamat tempoh perakuanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerTempoh bagi sesuatu perakuan yang dikeluarkan oleh autoriti perakuan yang telah tamat tempohnya. Kebiasaannya tempoh perakuan yang telah tamat tempohnya. Kebiasaannya tempoh perakuan yang diberikan oleh autoriti perakuan ialah satu tahun.
Certificate Revocation List (CRL)Senarai Pembatalan Perakuan (CRL)Teknologi MaklumatKeselamatan KomputerDokumen yang diselenggara dan diterbitkan oleh autoriti perakuan yang menyenaraikan perakuan yang telah dibatalkan.
certificate authorityautoriti perakuanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPihak berkuasa yang diamanahkan untuk mengesahkan kekunci awam dan identiti pengguna yang digunakan dalam Prasana Kekunci Awam (PKI) adalah sah dan benar. Autoriti perakuan menetapkan polisi dalam proses PKI dan membina perakuan dalam bentuk sijil digital untuk pengguna. Pihak ini juga menetapkan tarikh luput untuk sijil perakuan dan menguruskan kerja perakuan sepanjang tempoh hayat sijil tersebut. Autoriti perakuan juga bertanggungjawab menarik semula sijil yang luput tarikh, hilang atau keselamatannya dicurigai.
certificate renewalpembaharuan perakuanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerProses memperbaharui perakuan yang telah tamat tempohnya oleh autoriti perakuan.
key and certificate managementpengurusan kekunci dan perakuanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPengurusan sistem kriptografi yang meliputi cara kekunci dan perakuan dihasil, ditukar, disimpan, disah dan digantikan. Hal ini penting kerana kekuatan sesuatu sistem kriptografi bergantung kepada kerahsiaan kekunci dan integriti perakuan.
testimonialsperakuanKomunikasiKorporatKaedah penyampaian mesej pemasaran dan sosial yang berasaskan bukti keberkesanan barangan atau perkhidmatan. Pemaparan bukti keberkesanan tersebut dijangka dapat mempengaruhi khalayak untuk menyokong pembelian barangan atau penggunaan perkhidmatan. Bukti kejayaan yang boleh dalam bentuk hasil ujian makmal atau perakuan penggunaan oleh seseorang personaliti. Dalam konteks ini, penggunaan oleh personaliti terkenal kerap digunakan sebagai bukti keberkesanan sesuatu barangan atau perkhidmatan. Perakuan penting untuk meningkatkan keyakinan khalayak ter-hadap barangan atau perkhidmatan melalui pengaruh sedia ada yang terdapat pada personaliti terkenal, seperti ahli politik, personaliti hiburan, ahli sukan atau pakar bidang seperti doktor, atau pakar pemakanan.
advocacyperakuan; anjuran; rayuan; sokongan;, pengutaraanPendidikanTiadaTiada
certificationperakuan; pensijilanPendidikanTiadaTiada
certificateperakuan; sijilKejuruteraanTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas