Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ra.li.han]/[per.a.li.han] | ڤراليهن

Definisi : perihal beralih atau bertukar (drpd satu pucuk pimpinan kpd pucuk pimpinan yg lain, drpd satu keadaan kpd keadaan yg lain dsb), pergantian, pertukaran (keadaan dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ra.li.han]/[per.a.li.han] | ڤراليهن

Definisi : perubahan drpd sesuatu keadaan kpd keadaan yg lain; pergantian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata peralihan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
lambda transitionperalihan lambdaFizikNanoteknologiKeadaan peralihan fasa orde kedua dalam bahan. Contohnya, peralihan fasa cecair helium pertama ke cecair helium kedua yang dapat dicerap melalui perubahan tak selanjar muatan haba. Peralihan ini berlaku pada suhu 2.2K (takat lambda).
Kirkwood-Adler transitionperalihan Kirkwood-AdlerFizikNanoteknologiKeadaan peralihan fasa ampaian koloid yang zarahnya adalah dalam keadaan tak tertib ke fasa kekisi yang tertib. Peralihan ini dapat diubah dengan mengubah kepekatan atau cas zarah. Pada kepekatan tinggi atau pada tolakan julat dekat, struktur kekisi ialah kubus berpusatkan muka. Jika sebaliknya, struktur berpusatkan jasad terbentuk.
radiationless transitionperalihan tanpa sinaranFizikNanoteknologiPeralihan antara dua aras tenaga sistem tertentu, iaitu tenaga yang dihasilkan diserap oleh sistem lain sehingga tidak berlaku pemancaran cahaya oleh sistem pertama. Contohnya, kesan Auger dan pengujaan atom atau molekul semasa pelanggaran dengan atom atau molekul yang lain.
rotational transitionperalihan perputaranKimiaKimia AnalisisPeralihan elektron yang terhasil daripada penyerapan sinaran mikrogelombang dan melibatkan putaran molekul.
nucleationpenukleusanFizikNanoteknologiPermulaan peralihan fasa dalam suatu kawasan kecil atau dikenali sebagai tapak penukleusan. Peralihan fasa ini boleh dalam bentuk pembentukan gelembung atau hablur dalam cecair atau pada permukaan yang mengandungi cecair atau wap. Penukleusan juga berlaku dalam hablur, amorfus atau gugusan kekosongan bagi bahan pepejal. Penukleusan homogen dapat dibentuk secara spontan atau rawak menerusi kaedah yang melibatkan superpanas atau supersejuk ke atas media. Keadaan ini berlaku dalam proses pembenihan awan dan dalam instrumen seperti kebuk gelembung dan kebuk awan. Penukleusan merupakan proses awal untuk menghasilkan bahan nanostruktur.
fragilitykerapuhanNanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanSifat sesuatu bahan yang dicirikan dengan cara mengukur tahap kecepatan penurunan suhu apabila disejukkan kepada suhu peralihan kaca. Bahan dengan sifat kerapuhan yang tinggi mempunyai nilai suhu peralihan kaca pada julat yang kecil, manakala bahan bersifat kerapuhan yang rendah mempunyai nilai suhu peralihan kaca pada julat yang besar.
rectilinear motiongerakan rektilinearSains SukanBiomekanikGerakan yang melibatkan arah peralihan anggota jasad mengikut satu garis lurus. Contohnya, gerakan lompatan acara palang dalam sukan gimnastik. Kedudukan sendi bahu dan pinggul semasa gerakan ini adalah pada arah yang sama. Sinonim peralihan rektilinear.
transitionperalihanBioinformatikBioinformatik Molekul-
deinstitutionalizationperalihan kediamanPendidikanTiadaAmalan untuk memindahkan orang tidak berupaya dari kawasan kediaman besar ke kediaman kecil yang hanya boleh menampung empat atau lima orang sahaja.
deinstitutionalizationperalihan kediamanGerontologiTiadaPemindahan individu dari sesebuah institusi ke dalam sesuatu komuniti.
1234

Kembali ke atas