planning inquiry | tanya siasat perancangan | Sosiologi | Tiada | Satu siasatan rasmi yang dijalankan atas arahan pihak berkuasa perancang tempatan atau jawatankuasa perancang negeri yang melibatkan orang ramai untuk memastikan sesuatu isu atau persoalan perancang bagi membantu pihak berkuasa berkenaan membuat keputusan. |
account planner | perancang akaun | Komunikasi | Korporat | Lihat perancang pengiklanan |
State Planning Committee | Jawatankuasa Perancang Negeri | Sosiologi | Tiada | Satu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah undang-undang perancang bandar dan desa untuk menggubal dasar tentang pemeliharaan, pemajuan, dan penggunaan tanah serta bangunan dalam negeri tersebut. |
account planner | perancang pengiklanan | Komunikasi | Korporat | Individu yang bertanggungjawab men -cipta, melaksanakan, dan menyusun strategi sesuatu kerja kreatif. Individu ini memainkan peranan penting dalam menerajui kerja penciptaan dari peringkat idea, pembangunan idea, serta perancangan dan penterjemahan idea ke dalam bentuk audiovisual. Individu ini berpengaruh dalam industri pengiklanan kerana kepekaannya terhadap mutu, keperluan pasaran, khalayak, dan persaingan. Tahap kebolehan dan kewibawaan perancang akaun ini boleh menentukan peringkat kecekapan pengurusan akaun sesebuah agensi pengiklanan. Sinonim perancang akaun. |
scenario planning | perancangan senario | Pengurusan | Perancangan | Kaedah yang digunakan oleh perancang strategi dengan mengambil kira situasi yang berbeza untuk disesuaikan dengan tindakan yang perlu diambil bagi mencapai matlamat organisasi. Kaedah ini dapat membantu perancang strategi untuk membuat unjuran atau ramalan tentang situasi yang bakal dihadapi oleh organisasi dalam tempoh tertentu. Pendekatan perancangan senario digunakan dalam menganalisis situasi yang berbeza dan boleh mempengaruhi keputusan strategik. Contohnya, strategi pemasaran yang berbeza bagi pasaran barangan di negara China berbanding dengan pasaran di Timur Tengah. Lihat juga imbasan persekitaran. |
oral contraceptive | pil perancang keluarga | Perubatan | Tiada | Ubat perencat kesuburan wanita yang diambil secara oral. Ia terdiri daripada kombinasi hormon pembiakan estrogen dan progestin atau progestin sahaja dalam dos tertentu yang berfungsi menghalang penghasilan ovum. Ubat ini perlu diambil setiap hari selama 21 hari diikuti dengan tujuh hari tanpa pil atau pil lengai. Terdapat juga pil yang hanya perlu diambil selepas persetubuhan. Antara kesan sampingan pil perancang keluarga ialah darah tinggi, penyakit jantung iskemia, trombosis vena dan menambah risiko mendapat pelbagai jenis barah. Risiko kesan sampingan bertambah dengan bertambahnya dos yang digunakan. Kini, kebanyakan pil perancang menggunakan dos yang rendah untuk mengurangkan kesan sampingan tersebut. Sinonim pil pencegah hamil. |
planner | pengamal(perancang keluarga), | Kependudukan | Tiada | Tiada |
curriculum planner | perancang kurikulum | Pendidikan | Tiada | Tiada |
health planner | perancang kesihatan | Perubatan | Tiada | Tiada |
urban planner | perancang bandar | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |