Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ran.ti] | ڤرنتي

Definisi : 1. alat, perkakas, pesawat: tatacara dan ~ optometri moden dapat membantu supaya pelihatan yg baik dapat dikekalkan; 2. syarat; 3. buat, bagi, untuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ran.ti] | ڤرنتي

Definisi : sesuatu yg diperlukan atau yg digunakan utk membuat (mengerjakan, menghasilkan) sesuatu; alat; perkakas. ~ input ist peranti yg membolehkan data (spt teks, gambar, bunyi) dr alam nyata dimasukkan ke dlm komputer. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata peranti


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
energy inputinput tenagaTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauJumlah tenaga yang dimasukkan ke dalam sesuatu sistem atau peranti. Peranti mungkin akan menukarkan jenis tenaga tetapi tidak menukarkan jumlah tenaga yang diterima. Contohnya, tenaga elektrik (input) yang dialirkan ke mentol akan berubah kepada tenaga cahaya dan tenaga haba (output).
backup deviceperanti sandaranSains NuklearKejuruteraan ReaktorPeranti yang tersedia sekiranya peranti utama gagal berfungsi.
governorpengawal imbangKejuruteraan AutomotifEnjinPeranti yang mengawal peranti lain berasaskan kelajuan dan beban. Dalam enjin diesel, peranti ini mengawal kuantiti bahan api yang dihantar ke penyuntik. Sekiranya kuantiti bahan api terlalu tinggi, enjin akan berputar terlalu laju, manakala bekalan bahan api yang terlalu sedikit akan menyebabkan enjin mati. Sinonim penguasa laju.
silicon electronicselektronik silikon (ilmu)FizikNanoteknologiBidang ilmu sains dan teknologi yang berkaitan dengan penggunaan bahan semikonduktor silikon dalam pembuatan peranti elektronik. Peranti silikon yang paling ringkas terdiri daripada sambungan bahan semikonduktor jenis-n dan jenis-p. Ratusan ribu transistor kecil bersaiz mikro dapat dibina di atas satu kepingan wafer silikon dengan menggunakan teknik litografi bagi menghasilkan mikrocip. Contoh peranti elektronik silikon ialah diod, transistor, diod pemancar cahaya, sel suria, dan mikrocip.
accommodation deviceperanti penyesuaianSains SukanBiomekanikPeranti pada peralatan bebanan atau rintangan yang boleh diubah suai untuk mengimbangi daya yang dikenakan oleh pelaku. Bebanan atau rintangan dikawal melalui pelbagai cara seperti sistem gear, geseran dan silinder hidraulik. Peranti ini hanya terdapat pada peralatan berbentuk mesin. Peranti ini juga boleh mengurangkan risiko kecederaan dan memudahkan pengguna untuk melakukan senaman.
automated data capture (ADC)tangkapan data automatik (ADC)Teknologi Maklumate-KesihatanTeknologi yang membolehkan data diambil atau direkod secara automatik melalui peranti imbasan ataupun peranti imejan. Teknologi ini selalu digunakan dalam inventori dan logistik. Contohnya, dalam inventori ubat-ubatan di sesebuah hospital yang memerlukan respons yang cepat dan tepat, maklumat ubat yang telah diperoleh atau diambil melalui teknologi ini akan dimasukkan ke dalam pangkalan data. ADC melibatkan teknologi terkini dalam penggunaan peranti mudah alih yang menyokong aliran tugas secara automatik dengan lebih efisien dan pantas.
plastic electronic deviceperanti elektronik plastikFizikNanoteknologiAlat elektronik yang bahan aktifnya terdiri daripada plastik, termasuk bahan polimer pengkonduksi. Peranti ini boleh lentur dan ringan serta dapat difabrikasi dengan kos yang rendah berbanding dengan peranti elektronik tradisi yang difabrikasi daripada bahan semikonduktor bukan organik. Contohnya, sel suria plastik yang difabrikasi pada permukaan bersaiz besar dan boleh gulung.
photovoltaicfotovoltanFizikNanoteknologiKeupayaan peranti untuk menjana voltan elektrik apabila didedahkan kepada cahaya atau sinaran elektromagnet. Peranti tersebut dinamakan sel fotovoltan atau sel suria kerana berupaya menukar cahaya matahari secara terus kepada kuasa elektrik. Peranti sel fotovoltan yang paling ringkas diperbuat daripada gabungan dua bahan berlainan sifat elektrik yang diapit oleh dua elektrod. Salah satu daripada elektrod itu lut sinar. Contoh sel fotovoltan ialah sambungan p-n bahan semikonduktor silikon. Sel fotovoltan yang dibuat daripada bahan berstruktur nanometer seperti nanowayar atau bintik kuantum, dijangka mempunyai kecekapan yang tinggi.
security tokentoken keselamatanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPeranti mudah alih yang digunakan oleh pengguna sah sebagai kekunci alam proses penyahihan pengguna. Peranti ini dibaca atau diimbas oleh peranti pembaca token. Contoh token keselamatan ialah kad capaian dan dongel.
bring your own device learning (BYOD learningpembelajaran bawa peranti sendiri (pembelajaran BYOD)Teknologi Maklumate-PembelajaranPersekitaran pembelajaran yang memerlukan pelajar membawa peranti sendiri seperti komputer, tablet, telefon pintar atau peranti peribadi lain yang sesuai untuk mengikuti sesi pembelajaran.
12345678910...

Kembali ke atas