Control of Drugs and Cosmetics Regulations 1984 (CDCR) | Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (CDCR) | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Peraturan-peraturan berkaitan dengan ubat, ubat tradisional dan kosmetik yang diwartakan pada bulan Jun 1984 di Malaysia dan dipinda pada tahun 2006. Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) ditubuhkan sebagai pihak berkuasa pelesenan. Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) ditugaskan untuk mengurus operasi harian berkaitan dengan pendaftaran ubat dan ubat tradisional, dan pemberitahuan/notifikasi kosmetik serta aktiviti pemantauan dan pengawasan produk-produk tersebut. |
Poisons Act 1952 | Akta Racun 1952 | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Akta yang bertujuan untuk mengawal selia pengimportan, pemilikan, pengilangan, pengkompaunan, penyimpanan, pengangkutan, penjualan dan penggunaan bahan racun yang diwartakan pada 1 September 1952 dan disemak pada 1989. Terdapat empat peraturan yang telah digubal di bawah akta ini, iaitu: i. Peraturan-peraturan Racun 1952; ii. Peraturan-peraturan (Fi) Racun 1983; iii. Peraturan-peraturan Racun (Sodium Hidroksida) 1962; dan iv. Peraturan-peraturan Racun (Bahan Psikotropik) 1989. |
regulatory authority | pihak berkuasa peraturan | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Badan yang diberi kuasa oleh undang-undang bagi menguat kuasa peraturan, merangka dasar, membuat keputusan, dan memberi arahan. Contohnya, Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) ialah pihak berkuasa bagi Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (CDCR) di Malaysia. |
import license | lesen import | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Surat kebenaran untuk mengimport produk berdaftar. Menurut Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (CDCR), mana-mana syarikat yang ingin mengimport produk berdaftar perlu mempunyai lesen import yang sah dan diperbaharui secara tahunan. |
control of importation | kawalan pengimportan | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Kawalan yang dikenakan terhadap produk import. Menurut Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (CDCR), hanya produk berdaftar yang boleh diimport oleh syarikat yang mempunyai lesen import yang sah. |
in transit | dalam transit | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Barang atau produk dalam persinggahan sebelum sampai ke destinasi. Menurut Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (CDCR), dalam transit didefinisikan sebagai pengambilan atau penghantaran produk berdaftar dari mana-mana negara yang dibawa masuk ke Malaysia melalui jalan darat, udara atau air, sama ada mendarat atau tidak, dipindah atau tidak di Malaysia, dengan tujuan untuk dibawa ke negara lain sama ada dengan kaedah pengangkutan yang sama atau lain tidak tertakluk kepada kawalan pengimportan. |
control of supply | kawalan pembekalan | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Kawalan yang dikenakan ke atas pembekalan produk dan kosmetik herba. Menurut Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (CDCR), seseorang hanya boleh membekal sebarang produk sekiranya produk tersebut ialah produk berdaftar dan memiliki lesen yang bersesuaian dan sah. Kosmetik pula perlu dinotifikasikan, bagi membolehkan kosmetik ini dibekalkan. Namun, peraturan pemilikan lesen tidak tertakluk kepada peruncit untuk membekal sebarang produk. |
control of sale | kawalan penjualan | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Kawalan yang dikenakan ke atas penjualan produk dan kosmetik herba. Menurut Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (CDCR), seseorang hanya boleh menjual sebarang produk sekiranya produk tersebut ialah produk berdaftar dan memiliki lesen yang bersesuaian dan sah. Kosmetik pula perlu dinotifikasikan, bagi membolehkan kosmetik ini dijual. Namun, peraturan pemilikan lesen tidak tertakluk kepada peruncit untuk menjual sebarang produk. |
manufacturing process | proses pengilangan | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Langkah-langkah pembuatan dari bahan mentah sehingga menjadi produk akhir. Mengikut Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (CDCR), pengilangan produk herba termasuk sebarang proses pembuatan produk, pembungkusan dan penyertaan sisip produk serta pelabelan. |
registered product | produk berdaftar | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Produk yang telah mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk dipasarkan di bawah peruntukan Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (CDCR). Produk berdaftar mempunyai dua ciri utama, iaitu nombor pendaftaran dan pelekat hologram yang perlu dipamerkan pada setiap pek pembungkusan produk herba. |