Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ra.wa.tan] | ڤراوتن

Definisi : perihal (perbuatan dsb) merawat, pemeliharaan, penyelenggaraan, pembelaan, penjagaan: orang yg berwang saja yg meng­hendaki ~ yg luar biasa; ~ muka rawatan utk memelihara kesihatan dan kecantikan muka (dgn membubuh krim dan mengurut bahagian muka, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ra.wa.tan] | ڤراوتن

Definisi : hal atau perbuatan merawat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rawat
Kata Terbitan : merawat, terawat, perawatan, perawat,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
isolation nursingperawatan pengasinganKejururawatanTiadaTeknik kejururawatan yang diamalkan untuk mengelakkan penyakit berjangkit merebak kepada orang lain.
nursing homekediaman perawatanKejururawatanTiadaKediaman yang membekalkan pelbagai perkhidmatan seperti bilik, makanan, aktiviti rekreasi, bantuan aktiviti hidup harian dan perlindungan kepada penginapnya dan diuruskan oleh jururawat.
self-medicationswapengubatanSains KesihatanTiadaPerawatan yang dilakukan sendiri oleh pesakit.
light therapyterapi cahayaPerubatanPsikiatriPerawatan penyakit psikologi menggunakan cahaya.
psychiatric carepenjagaan psikiatriPerubatanPsikiatriPerawatan yang diberikan kepada pesakit psikiatri, termasuk rawatan perubatan, rawatan psikososial dan pemulihan sebagai pesakit dalam atau pesakit luar.
psychodramapsikodramaPerubatanPsikiatriPendekatan penilaian dan perawatan individu melalui penyampaian secara berdrama.
pre-treatmentprarawatanKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaPerawatan awal untuk menyingkirkan bahan kotoran, berminyak, dan berasid daripada rangka kereta.
holistic approachpendekatan holistikPerubatanPsikiatriLangkah yang diambil dalam perawatan pesakit secara keseluruhan, termasuk faktor fizikal, mental, sosial dan penyakit yang didiagnosis.
therapeutic outcomehasil terapeutikSains KesihatanTiadaHasil yang diperoleh daripada perawatan pesakit.
nursing planperancangan kejururawatanKejururawatanTiadaLangkah dalam proses kejururawatan yang merangsang tindakan perawatan untuk mencapai objektif yang telah ditentukan.
123

Kembali ke atas