common boundary | sempadan bersama | Sains Politik | Politik Perbandingan | Garis wilayah atau perbatasan yang dikongsi oleh dua atau lebih negara. Sempadan ini wujud apabila terdapat negara yang bersempadan secara selari dengan wilayah yang berdekatan. Konsep sempadan bersama yang dikawal selia secara perkongsian diwujudkan atas dasar untuk melindungi kepentingan negara terlibat dari ancaman musuh atau kuasa asing dan juga bertujuan mengurangkan bebanan kos keselamatan. Sekiranya wujud ancaman keselamatan atau kepentingan sesuatu pihak tergugat, maka negara tersebut akan berkongsi tanggungjawab menjaga keselamatan. Selain itu, sempadan bersama dibentuk bagi tujuan pembangunan ekonomi di kawasan tersebut. Contohnya, Malaysia dan Thailand mewujudkan sempadan bersama antara Baling dan Bentong bagi mengawal kegiatan. |
internal wave | gelombang dalaman | Sains Marin | Tiada | Gelombang yang terbentuk di perbatasan antara dua lapisan air yang berbeza ketumpatannya. Gelombang ini berlaku di bawah permukaan laut dan tidak berlaku di permukaan laut. Berbeza dengan gelombang permukaan yang disebabkan oleh angin, gelombang dalaman berlaku disebabkan oleh penurunan ketumpatan air secara berterusan yang dipengaruhi oleh perubahan suhu dan kemasinan air. |