conversational asymmetry | perbualan asimetri | Sains Kesihatan | Tiada | Ketidakseimbangan dalam perbualan. Penutur tidak mempunyai peluang yang sama semasa berbual. |
turnabout | rangsang bual | Sains Kesihatan | Tiada | Kaedah perbualan yang digunakan oleh orang dewasa untuk merangsang perbualan. Contohnya, menggunakan hemm, apa lagi, dan membuat soalan. |
dialogue | dialog | Kesusasteraan | Tiada | Perbualan, perbahasan atau perbincangan antara watak dengan watak yang lain dalam sesuatu karya sastera. Contohnya, dalam drama dan teater. Dialog merupakan aspek penting untuk mengungkapkan perwatakan dan menggerakkan plot dalam sesebuah drama, fiksyen atau dalam sesetengah puisi naratif seperti balada. Contoh dialog dalam drama ialah dialog antara Socrates dengan anak muridnya dalam karya Plato berjudul Dialogues. Contoh karya dialog dalam sastera Arab ialah Ya Ibn Adam: Hiwar bayn Rajulayn oleh Mikha�il Na�imah, dan dalam sastera Parsi ialah Khayma-yi Shabbazi oleh Sadiq Chubak. |
pillow talk | bual sebelum tidur | Umum | Tiada | Perbualan antara pasangan di atas katil, kebiasaannya sebelum mereka tidur. |
colloquialism | bahasa basahan | Kesusasteraan | Tiada | Bahasa yang digunakan dalam perbualan dan percakapan harian, atau dalam tulisan yang tidak formal. Dalam sastera khususnya drama, bahasa basahan biasanya digunakan dalam dialog antara watak dengan watak untuk membangkitkan kesan realistik. Bahasa basahan dianggap tidak sesuai bagi tulisan esei yang bersifat formal. |
cybersexploitation | eksploitasi seks siber | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Perbuatan yang melibatkan pemilikan, pembuatan, pengedaran, perbualan atau pertukaran maklumat atau bahan yang berorientasikan seks dalam talian secara tidak sah. Perbuatan ini dilakukan untuk kepuasan seksual atau kepentingan peribadi. |