act | berlakon; tindakan (UDG; perbuatan | Sejarah | Tiada | 2. Tindakan - proses melakukan sesuatu atau bertindak.,3. Perbuatan - dalam tahanan skolastisisme, ia dianggap kegiatan atau perbuatan menyempurnakan sesuatu |
displacement | penyesaran | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Perbuatan mendesak sekumpulan manusia supaya beralih dari sesuatu tempat. Dalam undang-undang jenayah antarabangsa, penyesaran secara paksa bermaksud perbuatan mengusir atau memindahkan penduduk dengan cara kekerasan, dan keduaduanya merupakan perbuatan jenayah terhadap kemanusiaan. Penyesaran terhadap sesuatu kumpulan yang dilindungi merupakan niat khusus bagi jenayah kemanusiaan yang dikenali sebagai pembersihan etnik. Lihat juga pembersihan etnik. |
مرفوع فعلى | marfū’ perbuatan | Agama Islam | Hadith | Perbuatan yang disandarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. |
موقوف فعلى | mawqūf perbuatan | Agama Islam | Hadith | Perbuatan yang diriwayatkan daripada sahabat. |
protected person | orang dilindungi | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Golongan manusia yang tidak boleh dibunuh atau dicederakan dalam konflik bersenjata. Orang dilindungi ialah orang yang tidak mengambil bahagian dalam permusuhan (seperti orang awam, pegawai perubatan, dan petugas kemanusiaan) dan orang yang tidak lagi mampu berperang (seperti askar yang cedera atau sakit, dan tawanan perang). Mereka dilindungi daripada dibunuh, dicederakan atau perbuatan-perbuatan ganas lain. Wanita dan kanak-kanak pula dilindungi secara khusus. Wanita dilindungi daripada dirogol, pelacuran paksa, kehamilan paksa, serangan sumbang dan perhambaan. Kanak-kanak dilindungi daripada digunakan untuk menyertai permusuhan dan perhambaan. Perbuatan mencederakan orang dilindungi merupakan jenayah perang dan/atau jenayah terhadap kemanusiaan. |
allocation | peruntukan; penempatan | Perpustakaan | Tiada | 3. Perbuatan menempatkan buku-buku,. 4. Perbuatan menempatkan satu subjek dalam konteksnya, atau selepas subjek yang lain. |
act | tindakan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Perbuatan sesuatu entiti. Dalam konteks undang-undang antarabangsa, perbuatan organ negara (komponen utama dalam sebuah sistem pemerintahan) seperti badan eksekutif, badan perundangan dan badan kehakiman dianggap sebagai suatu tindakan yang diputuskan oleh negara berkenaan. Contohnya, tindakan menggunakan ketenteraan terhadap negara lain, tindakan melalui penggunaan Akta Parlimen yang menuntut bahagian laut sebagai zon maritim, atau keputusan mahkamah untuk menyita harta milik syarikat asing. Sesuatu tindakan yang menyalahi obligasi antarabangsa boleh dianggap sebagai tindakan yang menyalahi peraturan antarabangsa, dan melibatkan tanggungjawab antarabangsa. |
hacking | penggodaman | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Perbuatan menyerang prasarana pengkomputeran suatu sasaran dengan tujuan mengganggu pengendalian biasa. Perbuatan ini biasanya dilakukan oleh pengguna hasad seperti perekah, penggodam, penceroboh dan sebagainya, |
abolition | penghapusan | Sejarah | Tiada | 1. Perbuatan menghapuskan, biasanya berkaitan dengan undang-undang, dasar pentadbiran, pemerintahan atau kuasa.,2. Hasil perbuatan menghapuskan, biasanya berkaitan dengan undang-undang, dasar, pentadbiran, pemerintahan atau kuasa. |
hacktivism | aktiviti penggodam | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Perbuatan menggunakan teknik penggodaman untuk menyerang prasarana pengkomputeran suatu sasaran. Perbuatan ini bertujuan untuk mengganggu operasi biasa tetapi tidak merosakkan sistem perisian atau merosakkan data dengan teruk. Aktiviti ini difikirkan boleh menarik perhatian masyarakat terhadap pendapat dan pandangan ahli godam yang mungkin kerap kali tidak diendahkan dan dipedulikan oleh sesebuah organisasi, industri atau badan kerajaan. |