Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.cang.ga.han] | ڤرچڠݢهن

Definisi : perihal bercanggah (pendapat dll): ~ pemikiran tentang konsep ketuhanan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata percanggahan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
antinomyantinomiKesusasteraanTiadaPercanggahan akibat wujudnya dua prinsip yang bertentangan. Walaupun bertentangan, kebenaran masih tidak tergugat kerana sebarang percanggahan yang terbabit mampu diselesaikan.
deconstructiondekonstruksiKesusasteraanTiadaTeori kritikan dan kaedah analisis berasaskan prinsip bahawa makna yang tetap dan stabil tidak wujud dalam bahasa. Objektif dekonstruksi adalah mencari segala kontradiksi dalam teks untuk membuktikan bahawa teks tidak mempunyai kesatuan atau pertalian yang teratur. Kontradiksi yang dimaksudkan melibatkan percanggahan antara makna yang berkemungkinan dalam satu-satu perkataan atau frasa. Objektif dekonstruksi bukan untuk mengenal pasti makna teks tetapi untuk mendedahkan makna yang berkemungkinan dan bercanggah supaya jelas interpretasi, bukan sesuatu yang tetap, stabil atau muktamad. Kaedah ini diaplikasikan bukan sahaja untuk bahasa tetapi juga untuk menganalisis sebarang konsep sistem dan institusi dengan merujuk kepada teks. Contohnya, realiti itu sendiri boleh dianggap sebagai suatu teks yang mempunyai pelbagai kontradiksi dan makna yang perlu �dibaca� dan �diinterpretasikan�. Dekonstruksi dimulai oleh ahli falsafah Perancis, Jacques Derrida. Beliau berpendapat bahawa makna teks sentiasa bergantung pada perbezaan dengan semua makna yang berkemungkinan dan sentiasa tertangguh. Derrida menggunakan istilah differance untuk menggabungkan kedua-dua keadaan ini. Bagi Derrida, interpretasi merupakan suatu proses yang tidak berkesudahan yang berterusan. Lihat juga kritikan dekonstruktif.
plaisire de textplaisire de textKesusasteraanTiadaKeseronokan yang diperoleh melalui pembacaan terus dan mudah. Menurut Roland Barthes, teks cabar baca memberikan dua jenis keseronokan, iaitu plaisire dan jouissance. Jouissance dianalogikan dengan keseronokan seksual melalui bacaan yang mencabar serta melibatkan penghayatan karya yang tinggi dan sepenuhnya. Keseronokan jouissance juga boleh mengganggu pembaca akibat percanggahan budaya dan nilai antara teks dengan pembaca. Keseronokan plaisire kerana teks mudah dibaca, senang difahami dan kurang mencabar. Lihat juga cabar baca, mesra baca.
imaginationimaginasiKesusasteraanTiadaKebolehan menggambarkan sesuatu dalam fikiran. Imaginasi tidak bersifat kenyataan tetapi dipenuhi khayalan dan angan-angan. Imaginasi mampu membentuk imej atau representasi dalam karya sastera. Bagi para pemikir zaman klasik, imaginasi ialah daya fikir membina yang mampu mengubah pengalaman serta melahirkan intuisi dan wawasan. Sejak 1800, imaginasi dianggap sebagai daya kreatif yang utama dalam pengkaryaan. Coleridge dalam karya berjudul Biographia Literaria (1817) berpendapat bahawa imaginasi ialah suatu daya magis dan daya sintesis yang melahirkan penciptaan baharu dan keaslian dalam penulisan kreatif. Para penyair menganggap bahawa sumbangan utama imaginasi adalah untuk merangsang keupayaan mereka menyelesaikan percanggahan dan kontradiksi. Justeru, daya imaginasi menolong pengarang mencipta naratif atau puisi yang indah dan harmonis daripada pengalaman yang berbeza dan bercanggah. Dalam penciptaan puisi, pengarang lebih mengutamakan kepentingan imaginasi berbanding dengan kepentingan kehendak sedar mereka. Pada dasarnya, para penyair romantis menganggap imaginasi sebagai positif dan menyumbang kepada pengkaryaan seni mereka. Namun, sejak zaman Yunani, ahli pemikir seperti Plato telah meragui kesan imaginasi. Hal ini demikian kerana imaginasi dikaitkan dengan ilusi, kekeliruan, dan penipuan. Menurut Plato, jika tidak dikawal, imaginasi boleh membawa kepada kegilaan. Imaginasi berasal dariapda perkataan Latin imaginatio bermaksuk �membentuk sesuatu imej�.

Kembali ke atas