clinical trial protocol | protokol percubaan klinikal | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Tatacara piawai untuk melaksanakan suatu percubaan klinikal. Protokol ini mengandungi maklumat umum dan latar belakang percubaan klinikal, objektif dan tujuan percubaan, penjelasan reka bentuk percubaan, kriteria pemilihan dan penyingkiran subjek, prosedur rawatan subjek, spesifikasi dan prosedur penilaian keberkesanan dan keselamatan, kaedah statistik, dan maklumat tambahan lain yang berkaitan. |
investigator’s brochure | brosur percubaan | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Gabungan maklumat tentang data klinikal dan bukan klinikal yang berkaitan dengan produk percubaan. Brosur percubaan perlu mengandungi maklumat yang relevan dengan kajian produk terhadap subjek manusia. |
clinical trial exemption (CTX) | pengecualian percubaan klinikal (CTX) | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Kelulusan yang diberikan oleh pihak berkuasa yang memberikan kebenaran untuk mengilangkan sebarang produk herba tempatan untuk tujuan percubaan klinikal, walaupun produk tersebut bukan produk berdaftar. Di Malaysia, Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) ialah pihak berkuasa yang memberikan pengecualian percubaan klinikal. |
clinical trial randomization | perawakan percubaan klinikal | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Proses mengagihkan subjek percubaan klinikal kepada kumpulan rawatan atau kawalan secara rawak supaya tidak mempengaruhi hasil kajian. |
clinical trial report | laporan percubaan klinikal | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Dokumen bertulis tentang suatu percubaan klinikal yang berkaitan dengan terapi, profilaksis atau agen diagnostik yang dilakukan pada manusia. Laporan ini menyatakan penjelasan klinikal dan statistik, pembentangan, dan analisis. |
Clinical Trial Import License (CTIL) | Lesen Import Percubaan Klinikal (CTIL) | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Lesen yang diberikan oleh pihak berkuasa yang memberikan kebenaran untuk mengimport sebarang produk herba bagi tujuan percubaan klinikal, walaupun produk tersebut bukan produk berdaftar. Lesen ini sah laku selama tiga tahun mulai tarikh lesen dikeluarkan dan tidak boleh dipindah milik. Di Malaysia, Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PKBD) ialah pihak berkuasa yang mengeluarkan Lesen Import Percubaan Klinikal. |
multicentre trial | percubaan berbilang pusat | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Ujian klinikal yang dijalankan dibeberapa pusat dengan menggunakan protokol yang sama. Percubaan berbilang pusat dilaksanakan untuk mendapatkan data yang lebih menyeluruh bagi kajian keberkesanan sesuatu produk herba. |
non-therapeutic trial | percubaan bukan terapi | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Kajian yang dijalankan ke atas seseorang tanpa menjangka kesan terapeutiknya. Percubaan bukan terapi bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor penting yang membantu meningkatkan pemahaman tentang sifat-sifat sesuatu ubat dan kesannya. |
investigational product | produk percubaan | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Produk mengandungi bahan aktif atau plasebo dalam bentuk dos farmaseutikal yang diuji atau digunakan sebagai pembanding dalam ujian klinikal. Produk percubaan termasuk produk berdaftar tetapi digunakan untuk tujuan lain. |
publication policy | dasar penerbitan | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Dasar yang menetapkan agar hasil kajian percubaan klinikal produk herba berdaftar diterbitkan dalam jurnal berwasit dalam tempoh yang munasabah setelah tamat ujian percubaan. |