Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.re.bu.tan] | ڤربوتن

Definisi : 1. perihal berebut sesuatu: ~ pangkat; ~ kedudukan; ~ kekuasaan; 2. = perihal merebut (memperebutkan), pe­ram-pasan, dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.re.bu.tan] | ڤربوتن

Definisi : perbuatan (hal dsb) berebut atau merebut sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rebut
Kata Terbitan : berebut, merebut, perebutan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
abdication crisiskrisis turun takhtaSains PolitikPolitik PerbandinganKeadaan sesebuah pemerintahan monarki yang mengalami krisis perebutan takhta antara dua atau lebih putera/puteri raja terhadap jawatan raja atau permaisuri yang dilepaskan. Krisis ini boleh membawa kepada ketidakstabilan politik yang akan mencetuskan konflik istana yang berlarutan. Contohnya, krisis antara Raja Hussein dengan Putera Abdullah yang merebut takhta kerajaan Jordan peninggalan ayahanda mereka.
dark horsekuda hitamSains PolitikPolitik Perbandinganlndividu yang tidak popular, dipilih untuk menyelesaikan persaingan atau perebutan jawatan atau kedudukan tertentu oleh sekumpulan individu yang menaruh minat yang amat tinggi terhadap jawatan tersebut. Bagi mengelak keadaan konflik dan ketidakstabilan wujud maka seorang calon dipilih daripada kalangan yang tidak menaruh minat terhadap jawatan tersebut. Walaupun begitu, masyarakat sedar bahawa individu yang dipilih itu ialah kuda hitam yang bertujuan menghindarkan konflik.
micropoliticsmikropolitikSains PolitikPolitik PerbandinganAksi dan tingkah laku politik yang terjadi di peringkat bawahan dan berkait rapat dengan perkara yang lebih kecil tetapi menggunakan saluran politik yang formal seperti mesyuarat parti, perebutan jawatan dalam persidangan dan sebagainya. Tindakan politik ini boleh menggunakan saluran rasmi dan tidak rasmi bagi mencapai sesuatu matlamat. Tindakan ini berlaku di peringkat mikro atau dalam sesuatu pejabat, organisasi, sekolah, kampung atau bandar. Isu yang menjadi persoalan sering berkait dengan ketidakpuasan hati terhadap ketua, iri hati dengan rakan, perebutan jawatan atau pangkat dan konflik peribadi yang dikaitkan dengan organisasi. Persoalan siapa yang rapat dengan ketua dan siapa mendapat apa, bila dan bagaimana merupakan persoalan utama di sini. Ia berbeza dengan makropolitik yang lebih menyentuh persoalan keselamatan negara, pilihan raya nasional, dasar luar dan dasar pembangunan ekonomi.
racial conflictkonflik rasSains PolitikPolitik PerbandinganPertentangan yang melibatkan kaum atau ras yang berbeza. Pertentangan ini boleh berlaku dalam bentuk kekerasan atau tanpa keganasan. Konflik ini boleh juga tercetus kerana prasangka yang serius, ketidakseimbangan ekonomi, perebutan kuasa politik, faktor primordial seperti bahasa, agama, warna kulit, budaya dan didalangi oleh pihak lain. Konflik ini boleh berlaku melalui penglibatan kerajaan atau bebas daripada campur tangan mereka dan boleh juga menyebabkan korban yang banyak seperti yang berlaku di Yugoslavia pada tahun 1992-1995.
zero-sum gamemainan campur tolakSains PolitikPolitik PerbandinganKeadaan yang menggambarkan keuntungan kepada sesuatu pihak dan membawa kerugian kepada pihak lain. Keadaan ini hanya membenarkan seorang juara atau pemenang dan tidak boleh dikongsi bersama. Contohnya, perebutan takhta oleh dua orang putera raja. Kemenangan salah seorang membawa makna kekalahan kepada pihak yang satu lagi. Kedua-dua putera tidak boleh menjadi raja dalam satu masa. Sifat politik Malaysia dari perspektif perkauman sering menggambarkan mainan campur tolak apabila sesuatu kaum yang mendominasi sesuatu bidang akan membawa kepada usaha pengekalan status quo. Sinonim mainan zero-sum.
abetmentsekongkolSains PolitikPolitik PerbandinganTindakan atau perbuatan individu, kelompok atau sesebuah organisasi membantu seseorang atau kelompok tertentu dalam persaingan kuasa politik di sesebuah negara. Tindakan ini bertujuan mencapai sesuatu matlamat bagi pihak yang memberi dan yang menerima bantuan itu. Contohnya, tindakan syarikat gergasi permotoran Amerika Syarikat iaitu Ford Motor bersekongkol dengan calon presiden republik Panama pada tahun 1952. Tindakan Syarikat Ford ini, telah berjaya membantu calon tersebut memenangi perebutan jawatan Presiden Panama. Sebagai balasannya, Syarikat Ford telah diberi hak pemilikan tanah perindustrian. Ini bertentangan dengan perlembagaan dan dasar sebelum tahun 1952 yang tidak membenarkan pemilikan tanah kepada warga asing. Sinonim persubahatan.
shadow cabinetkabinet bayanganSains PolitikPolitik PerbandinganKabinet yang dibentuk oleh sekelompok pemimpin parti pembangkang yang bertanding dalam pilihan raya bagi menggantikan kabinet sebenar kerajaan apabila mereka menang dalam pilihan raya yang menjelang. Kabinet bayangan merupakan satu usaha persediaan awal yang menjadi harapan kepada parti pembangkang untuk menangani keadaan sekiranya mereka menang dalam pilihan raya tersebut. Kabinet ini sedia membahagikan portfolio atau tugas masing-masing supaya tidak berlaku salah faham atau perebutan sekiranya mereka berjaya dalam pilihan raya itu. Kabinet ini biasanya dipimpin oleh ketua parti pembangkang. Contohnya, ketua parti pembangkang Great Britain sudah bersedia dengan senarai kabinet bayangan bagi menghadapi pilihan raya umum negara tersebut.
territorial principalitywilayah rajaSains PolitikPolitik PerbandinganKawasan yang dikuasai oleh raja atau kerabat diraja. Wilayah seperti ini terdapat dalam masyarakat yang masih memiliki unsur feudal yang kuat dan meletakkan kedudukan raja berkuasa ke atas tanah yang ada dalam negara tersebut. Wilayah raja ini boleh berada berdekatan dengan istana atau terpencil jauh dari pusat pentadbiran serta terbiar. Orang ramai tidak dibenarkan memiliki tanah tersebut tetapi dibenarkan mengusahakannya dengan membayar cukai kepada raja atau menyewa tanah tersebut. Wilayah ini sering menimbulkan konflik di kalangan kerabat diraja akibat perebutan wilayah yang melibatkan tuntutan pusaka dan pengutipan cukai. Contohnya, wilayah raja masih terdapat di negara Indonesia, India dan Nigeria.

Kembali ke atas