visual designer | pereka bentuk visual | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Seseorang yang bertanggungjawab mereka cipta produk berbentuk visual secara digital dengan mengimbangi keperluan urusan, estetik reka bentuk, pelanggan dan tujuan jenama organisasi. Umumnya, seseorang pereka bentuk visual perlu mempunyai kemahiran reka bentuk antara muka dan grafik. |
design fees and compensations | harga reka bentuk dan pampasan | Kesenian | Hiasan Dalaman | Bayaran yang ditentukan oleh pereka bentuk dalaman setelah mereka berjaya menyelesaikan (menyiapkan) sesuatu hasil kerja. Pereka mengenakan harga bayaran berdasarkan jam, kadar sekata dan peratus kenaikan harga barangan. |
digital media designer | pereka bentuk media digital | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Seseorang yang menggunakan media bersepadu untuk menyampaikan mesej, maklumat dan hiburan bagi tujuan pendidikan khususnya, dengan mengamalkan kemahiran menghasilkan animasi (2-D atau 3-D), video, laman web dan grafik. Mereka diperlukan dalam pembangunan kandungan e-pembelajaran khususnya untuk memenuhi keperluan jati digital. |
instructional designer (ID) | pereka bentuk pengajaran (ID) | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Individu yang bertanggungjawab untuk mereka bentuk dan menyediakan bahan kursus pembelajaran dengan menulis sukatan pelajaran, merangka gambaran keseluruhan modul, mengarang aktiviti pembelajaran, konsep pentaksiran dan persembahan kandungan. Lihat juga penulis kursus. |
Chippendale furniture | perabot Chippendale | Kesenian | Hiasan Dalaman | Perabot hasil rekaan pereka Inggeris bernama Thomas Chippendale (1718 - 1779). |
course writer | penulis kursus | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Individu yang mereka bentuk, menulis jalan cerita dan skrip persembahan kandungan e-pembelajaran yang penuh bermaklumat, berjalinan, menyeronokkan dan menggalakkan penghayatan pelajar. Individu ini akan bekerjasama dengan pakar subjek, pereka bentuk kursus dan pakar platform e-pembelajaran. Lihat juga pereka bentuk pengajaran (ID). |
Franklin stove | alat pemanas Franklin | Kesenian | Hiasan Dalaman | Alat yang dicipta oleh pereka bernama Benjamin Franklin yang menyerupai tempat unggun api di dalam rumah orang Eropah. Alat ini digunakan untuk mengekalkan tahap kepanasan yang lama di dalam rumah sewaktu musim dingin. |
atelier | atelier | Kesenian | Hiasan Dalaman | Studio atau bengkel, iaitu tempat artis atau pereka menghasilkan karya seni atau kraf tangan. Ruang ini juga digunakan sebagai tempat latihan pekerja atau pelajar yang membuat latihan amali dalam bidang seni halus dan seni bina. |
pastiche | pastic | Kesenian | Hiasan Dalaman | Karya seni yang menggunakan pelbagai gaya yang dipinjam dan digubah mengikut gaya dan cara pereka lain. Pastik dicipta sebagai bahan sindiran atau jenaka, contohnya lukisan potret Monalisa yang digambarkan berpakaian Kimono. |
course blueprint | cetak biru kursus | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Dokumen yang mengandungi maklumat yang berkenaan dengan tajuk, prasyarat, topik, objektif, subtopik, kandungan kursus, pentaksiran, cadangan sumber pembelajaran dan tempoh kursus. Dokumen ini membantu pasukan pereka bentuk dan jabatan akademik dalam membangunkan sukatan dan kandungan pembelajaran dalam talian. |