dogfighting ring | gelanggang laga anjing | Sukan | Tiada | Tempat atau kawasan anjing yang dilagakan dalam pergaduhan fizikal hingga mati untuk tujuan perjudian atau hiburan kepada penonton. |
anger | marah | Kejururawatan | Tiada | Perasaan benci, dendam, kecewa, hampa dan sebagainya yang mungkin mencetuskan pergaduhan dan permusuhan. Keadaan ini boleh dirawat dengan kaunseling atau ubat. |
dogfighting | laga anjing | Sukan | Tiada | Sejenis sukan berdarah antara dua ekor anjing yang dilagakan dalam pergaduhan fizikal hingga mati untuk tujuan perjudian atau hiburan kepada penonton. |
verbal altercation | perbalahan lisan | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Tindakan berbalah atau bergaduh secara percakapan atau lisan. Contohnya, dua kumpulan kongsi gelap yang terlibat dalam perbalahan lisan sehingga menyebabkan pergaduhan. |
grievous bodily harm | kecederaan parah tubuh badan | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Kecederaan fizikal yang serius yang dilakukan oleh seseorang secara sengaja terhadap mangsa. Kecederaan ini boleh disebabkan oleh penggunaan senjata atau kekuatan fizikal. Contohnya, pergaduhan yang mengakibatkan kehilangan anggota badan atau fungsi anggota badan seperti penglihatan dan pendengaran. |
victim provocation | provokasi mangsa | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Tindakan yang disengajakan oleh mangsa yang menyebabkan pesalah melakukan jenayah terhadapnya. Contohnya, seorang lelaki yang mengejek nama ibu individu lain secara keterlaluan sehingga mengundang kemarahannya sekali gus menyebabkan pergaduhan di antara mereka. |
second degree murder | pembunuhan darjah kedua | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Pembunuhan yang menyalahi undang-undang yang bersifat sengaja tetapi dilakukan tanpa perancangan atau persediaan untuk membunuh mangsa. Dalam jenayah ini, kadangkala pelaku hanya ingin menyebabkan kemudaratan tubuh mangsa tetapi perbuatannya telah mengakibatkan kematian mangsa. Contohnya, pergaduhan mengejut yang berakhir dengan kematian. |
disintegration | perpecahan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Situasi atau keadaan berpecah belah yang wujud dalam sesebuah masyarakat atau negara akibat daripada perbezaan pendapat, kepuakan, tuntutan autonomi pentadbiran dan persaingan politik. Perpecahan ini biasanya wujud dalam masyarakat yang bersifat majmuk. Situasi ini biasanya mengakibatkan masyarakat atau negara berkonflik sesama sendiri. Konflik ini boleh bersifat permusuhan, pemisahan kawasan, pergaduhan kecil atau peperangan terbuka. Perpecahan boleh menyebabkan struktur negara tersebut berubah daripada sifat asalnya kepada penubuhan negara baru manakala perpecahan masyarakat pula akan menggugat kesepaduan sesama anggota. Contohnya, perang saudara yang berlaku di negara bekas Yugoslavia pada dekad l990-an telah menyebabkan perpecahan di negara tersebut. |
conflict | konflik | Kesusasteraan | Tiada | Pertentangan antara kuasa, kepentingan, idea dan sebagainya yang terdapat dalam drama atau naratif. Pertentangan ini perlu untuk menimbulkan dan mengekalkan ketegangan dalam karya, seterusnya untuk menentukan aksi dan perjalanan plot dalam karya tersebut. Terdapat empat jenis konflik yang lumrah ditemui. Pertama, konflik yang bersifat fizikal atau alamiah, yakni konflik antara manusia dengan alam semesta, iaitu ribut petir, banjir dan sebagainya. Kedua, konflik yang bersifat sosial, iaitu konflik antara manusia dengan manusia. Ketiga, konflik yang bersifat dalaman atau psikologikal, iaitu konflik antara manusia dengan runtunan hati, perasaan atau fikirannya sendiri, dan keempat, konflik yang berlaku antara manusia dengan takdir. Karya yang baik biasanya menggabungkan beberapa jenis konflik. Konflik berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud �pergaduhan atau pertembungan�. Lihat juga ketegangan, struktur dramatik. |