new criticism | kritikan baru | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah kritikan sastera yang menumpukan perhatian pada gaya karya sastera sebagai objek yang tersendiri. Kesusasteraan dilihat sebagai seni, bukan sebagai sejarah, falsafah, psikologi dan sebagainya. Perhatian diberikan kepada gaya dan cara membentuk isinya dengan tujuan menunjukkan bahawa wujud kesatuan antara kedua-dua unsur ini. Perhatian asas yang dititikberatkan adalah untuk menemukan nilai intrinsik dalam kesusasteraan dan menampilkan nilai tersebut kepada masyarakat pembaca. Konsep utama yang menjadi kunci bagi kritikan ini ialah pembicaraan soal makna dan perhubungan antara kata-kata, bahasa kiasan, simbol dan imej. |
diversional activity | aktiviti alih perhatian/aktiviti penyimpangan | Kejururawatan | Tiada | Sesuatu aktiviti yang dilakukan oleh pesakit untuk memenuhi masa lapangnya bagi mengelakkan kebosanan. |
attention span test | ujian bidang perhatian | Pendidikan | Tiada | Tiada |
Variant of Interest (VOI) | Varian Perlu Perhatian | Kesihatan Awam | Tiada | Varian COVID-19 yang mempunyai strain berbeza daripada yang asal. Varian ini boleh menyebabkan peningkatan kes yang mendadak dalam sesebuah kluster. |
elimination period | tempoh singkir | insurans | Tiada | Tempoh perhatian atau tempoh tangguh yang terdapat di dalam sesuatu polisi insurans kesihatan. Dalam tempoh ini pihak insurer tidak akan membuat sebarang bayaran faedah kepada insured. |
metafiction | metafiksyen | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk karya fiksyen yang menarik perhatian pembaca terhadap kewujudannya sebagai sebuah fiksyen atau cereka. Pengarang metafiksyen memberikan ulasan terbuka gtentang sesuatu peristiwa yang terdapat dalam karya fiksyen itu, terutamanya terhadap unsur yang memberikan pelbagai persepsi kepada pembaca. Oleh itu, karya metafiksyen merujuk ke dalam karya dan bukan terhadap unsur yang terdapat di luar karya. Metafiksyen dianggap sebagai sebuah genre karya yang tersendiri dan berbeza dengan karya fiksyen yang konvensional. Contohnya, karya metafiksyen terdapat dalam The French Lieutenant�s Woman oleh John Fowler dan Olenka oleh Budi Darma. Lihat juga metadrama. |
solicitation | pengumpanan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tindakan memujuk untuk menarik perhatian pihak tertentu bagi melakukan sesuatu seperti yang diharapkan oleh pihak yang mengumpan. Tindakan ini boleh dilakukan oleh individu atau satu kelompok terhadap individu lain seperti pemimpin atau badan tertentu. Melalui pengumpanan ini, diharapkan individu yang diumpan terdorong untuk memenuhi kehendak atau melakukan sesuatu pertolongan yang diharapkan oleh pengumpan. Biasanya pengumpanan ini melibatkan ganjaran tertentu yang dijanjikan. Contohnya, wang dan janji pembangunan sering dijadikan umpan untuk mendapatkan undi oleh calon dalam pilihan raya. |
sales letter | surat jualan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Surat yang menarik perhatian pelanggan untuk membeli barangan atau perkhidmatan. |
metadrama | metadrama | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk drama yang sengaja dipersembahkan untuk menarik perhatian khalayak, mengenai kehadirannya sebagai sebuah karya rekaan. Hal ini dilakukan melalui ujaran secara langsung kepada penonton dalam bentuk prolog, epilog, atau �lakonan dalam lakonan� dalam sesebuah drama. Situasi ini memungkinkan penonton mentafsir lebih lanjut tentang drama itu sebagai suatu bentuk seni. Justeru, metadrama menyedarkan penonton bahawa apa yang disaksikan di atas pentas hanyalah sebuah cereka. Contoh metadrama ditemui dalam karya Luigi Pirandello yang berjudul Six Characters in Search of an Author (1921). Lihat juga metafiksyen. |
love bombing | bom cinta | Umum | Tiada | Perbuatan yang menunjukkan kasih sayang dan perhatian berlebihan kepada seseorang sebagai cara untuk memanipulasi mereka dalam hubungan. |