Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ria] | ڤريا

Definisi : sj tumbuhan (pokok menjalar yg buah­nya pahit dan dibuat sayur), Momordica charanthia; ~ bulan sj tumbuhan (rumpai), bintang berahi, uban kayu, Cardiospermum halicacabum; ~ hutan sj tumbuhan (pokok memanjat), Vitiss mollissima; ~ laut = ~ pantai sj tumbuhan (pokok renek), Colubrina asiatica; ada pun buah ~ itu kalau ditanam di atas batas sakar dan dibaja dgn madu, lagi disiram dgn manisan serta diletakkan di atas tebu sekalipun, apabila masak pahit juga prb orang yg tabiatnya jahat dan tidak akan dapat diperbaiki lagi; sudah tahu ~ pahit prb kesal terhadap orang yg mempercayai orang yg diketahui tidak jujur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ria] | ڤريا

Definisi : pemuda, lelaki, teruna: bergaul bebas antara pemuda dan pemudi, antara ~ dan wanita. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ria] | ڤريا

Definisi : nama sj tumbuh-tumbuhan menjalar atau buahnya (buahnya pahit dan boleh dibuat sayur), Momordica charanthia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pe.ria] | ڤريا

Definisi : lelaki yg masih muda; pemuda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
peria (kata nama)
Bersinonim dengan teruna, jejaka, pemuda, lelaki, jantan, bujang, awang, uda, perjaka;,

Puisi
 

Baru kutahu peria pahit,
     Haram bertaubat sayur petola;
Kalau kutahu budi tak baik,
     Haram tak buat dari mula.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Sudah tahu peria pahit.

Bermaksud :

Sudah tahu kurang baik diperbuat juga; penyesalan yang tak berfaedah.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
antidiabeticantidiabetesHerbaPemiawaianSifat agen yang mencegah atau membantu mengawal paras gula dalam darah. Contohnya, ekstrak peria katak (Momordica charantia) yang bersifat antidiabetes.
bitterpahitHerbaPemiawaianRasa yang tidak sedap, seperti hempedu disebabkan kandungan sebatian berbes dalam tumbuhan herba. Contohnya, rasa pahit pada daun mengkudu (Morinda citrifolia), buah peria katak (Momordica charantia) dan daun hempedu bumi (Andrographis paniculata).
hypertensionhipertensiHerbaPemiawaianTekanan darah arteri yang tinggi dan berterusan melalui beberapa kali bacaan, iaitu tekanan sistole 140 � 200 mmHg atau lebih, dan tekanan diastole 90 � 110 mmHg atau lebih. Keadaan ini disebabkan oleh tekanan terhadap dinding arteri atau rintangan vaskular periferi yang tinggi. Contoh herba yang digunakan untuk merawat hipertensi ialah ekstrak hempedu bumi (Andrographis paniculata) dan peria katak (Momordica charantia).

Kembali ke atas