Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ri.nga.tan]/[per.i.nga.tan] | ڤرايڠتن

Definisi : 1. nasihat (teguran dll) utk diingati: saya telah beberapa kali mengingatkan dia tentang kecuaiannya itu tetapi ~ saya tidak dipedulikannya; 2. catatan, keterangan: semua perkara besar yg berlaku tiap-tiap hari dicatatnya dlm sebuah buku ~; 3. sesuatu yg digunakan utk memperingati atau mengenang sesuatu, kenang-kenangan: ia membeli sebuah lencana kecil tanda ~ menyambut kemerdekaan; tugu ~; 4. ingatan: ~ manusia hanya singkat sahaja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ri.nga.tan]/[per.i.nga.tan] | ڤرايڠتن

Definisi : 1 hal memberi ingat, memberi nasihat dll utk mengingatkan: Dia telah menerima surat ~ dr pejabat tanah. 2 sesuatu yg mesti diingat: Kejadian itu menjadi ~ kpd kita semua. 3 sesuatu yg digunakan utk memperingati; kenang-kenangan: tugu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ingat (kata kerja)
1. Bersinonim dengan sedar: tahu, terkenang,

2. Bersinonim dengan bercadang: berhajat, berniat,

3. Bersinonim dengan fikir: rasa, agak,

Kata Terbitan : beringat-ingat, mengingatkan, memperingati, memperingatkan, teringat-ingat, ingatan, ingat-ingatan, peringatan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
precautionary labellabel peringatanSains KesihatanTiadaKenyataan bertulis yang dilekatkan pada bekas ubat sebagai panduan pengguna.
warningamaranHerbaPeraturan dan PemasaranPeringatan secara lisan atau bertulis untuk memaklumkan kepada pengguna tentang kemungkinan kesan mudarat akibat penggunaan produk.
ancestral hallbalai leluhurKeagamaanTiadaBangunan peringatan yang digunakan untuk menghormati roh nenek moyang dan memperingati hari kelahiran serta kematian mereka.
bidalanbidalanKesusasteraanTiadaSusunan kata-kata yang mengandungi unsur nasihat dan peringatan. Contoh: �Untung semangkuk, rugi sebelanga�
proverbbidalanKesusasteraanPuisiPepatah atau peribahasa yang terdapat dalam kesusasteraan Melayu tradisional. Pada kebiasaannya isi ataupun amanat yang terkandung dalam sesuatu bidalan itu merupakan nasihat, peringatan, sindiran dan juga panduan hidup. Penyusunan kata� katanya juga lurus dan sederhana supaya dalam maksud yang hendak disampaikan mudah difahami oleh khalayak. Contohnya, seperti di bawah. Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

Kembali ke atas