Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.rio.de] | ڤريودى

Definisi : IB 1. edaran atau pusingan masa; 2. jangka waktu (dlm sejarah dll): spt yg saya ramalkan kita akan mengalami satu ~ pendudukan Jepang; ~ 1945–1950 adalah ~ revolusi fizik; 3. Id ayat yg berupa rangkaian beberapa ayat; 4. Id kelompok bilangan yg berulang-ulang dlm pecahan repetan (pecahan perpuluhan yg mengandungi angka perpuluhan yg berulang-ulang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata periode


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
memoirmemoirKesusasteraanTiadaBentuk tulisan autobiografi yang menceritakan peristiwa umum yang disaksikan pengarang, berbanding dengan kehidupannya sendiri. Justeru, tidak seperti kebanyakan autobiografi, memoir memfokus pada peristiwa luaran berbanding dengan perasaan dalaman pengarang. Memoir biasanya merakamkan periode dalam kehidupan pengarang yang selari dengan peristiwa sejarah yang penting. Contohnya, karya Lilian Hellman berjudul Pentimento dan Memoir Arena Wati: Enda Gulingku oleh SN Arena Wati. Lihat juga autobiografi.
epigraphyepigrafiKesusasteraanTiadaKajian tentang prasasti, iaitu tulisan kuno yang terdapat pada batu atau logam. Kajian berkaitan dengan sesuatu penghormatan terhadap adat budaya, undang-undang atau kepercayaan agama. Biasanya, prasasti terdapat pada bangunan istana, kuil, batu nisan, tugu, patung dan sebagainya. Kajian epigrafi penting sebagai salah satu sumber asas untuk mengetahui sejarah peradaban dan tamadun manusia masa lampau. Bidang kajian epigrafi menjadi bidang utama bagi ahli antropologi, filologi dan ahli sejarah kaji purba. Contohnya di Nusantara kajian epigrafi sangat penting dalam memahami sejarah dan budaya hidup manusia zaman pra-Islam, khususnya dalam periode Hindu-Buddha, diikuti dengan zaman awal kedatangan agama Islam. Dalam konteks sejarah kesusasteraan Melayu, kajian epigrafi melibatkan kajian terhadap batu bersurat sebagai bukti awal tentang pengetahuan bahasa, sistem tulisan, kedatangan Islam dan sebagainya. Contohnya, kajian terhadap Batu Bersurat Kedukan Bukit (Palembang), Batu Bersurat Talang Tuwo (Palembang), Batu Bersurat Kota Kapur (Bangka), Batu Bersurat Minye Tujuh (Aceh), dan Batu Bersurat Terengganu. Kajian epigrafi juga banyak dilakukan terhadap tulisan yang terdapat pada batu nisan lama. Tujuannya untuk mengetahui sejarah seseorang tokoh atau tentang unsur-unsur Islam. Kajian epigrafi terhadap tulisan yang terdapat pada dinding kuil atau tugu pula memberikan banyak maklumat tentang sejarah sesuatu tempat, adat-istiadat, undang-undang, kata-kata hikmat dan sebagainya. Epigrafi berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud �bertulis di atas sesuatu�.
classicklasikKesusasteraanTiadaKategori karya sastera yang bermutu tinggi yang lahir daripada tamadun Yunani dan Romawi. Karya sastera diakui memiliki keunggulan dan kehebatan sepanjang zaman. Karya sastera klasik bukan sahaja menampilkan pemikiran yang besar tetapi juga memperlihatkan estetik seni yang tinggi bagi bangsa yang melahirkannya. Biasanya, pengarang yang menghasilkan karya klasik merupakan seniman yang mewakili genius zaman silam bagi bangsa berkenaan. Antara karya yang dianggap klasik dalam sejarah kesusasteraan Barat termasuklah karya Homer, Iliad dan Odyssey dan karya karangan Shakespeare bertajuk Hamlet dan Romeo and Juliet. Karya Jane Austen berjudul Pride and Prejudice merupakan contoh karya klasik dalam sejarah kesusasteraan Inggeris. Dalam sejarah kesusasteraan Melayu, karya yang dianggap klasik umumnya muncul atau lahir dalam era kesusasteraan istana di Pasai, Aceh dan Johor-Riau. Karya berkenaan merupakan nukilan pengarang istana yang dianggap sebagai golongan genius Melayu pada zaman silam. Antara karya yang penting ialah Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, dan Tuhfat al-Nafis. Ketinggian nilai karya ini terletak pada ketinggian pemikiran yang mendasari penulisan karya tersebut. Aspek penting yang diketengahkan dalam karya termasuklah sejarah, adat-istiadat, kepercayaan, sosiopolitik, undang-undang, adab sopan dan sebagainya. Di samping itu, karya klasik memperlihatkan ketinggian seni kesusasteraan Melayu zaman silam yang kaya dengan kehalusan bahasa, ketajaman pemikiran, kekayaan pengalaman, dan keindahan pengucapan. Ketinggian mutu karya bagi suatu bangsa ada kalanya berlaku dalam suatu tempoh masa tertentu yang dianggap sebagai periode klasik bagi hasil kesusasteraan bangsa tersebut. Karya yang tergolong dalam periode itu merupakan karya zaman keemasan dalam sejarah bangsa tersebut. Zaman Abasiyah dianggap zaman keemasan dalam tradisi kesusasteraan Arab tradisional. Abad ke-16 hingga abad ke-19 boleh dianggap sebagai period klasik dalam sejarah kesusasteraan Melayu tradisional.

Kembali ke atas