adware | perisian iklan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Pakej perisian yang mempunyai ciri sokongan pengiklanan. Apabila pakej ini dipasangkan atau digunakan, iklan secara automatik akan terpapar atau diminta untuk dimuat turun. Terdapat jenis perisian iklan yang dikenali sebagai perisian intip dan diklasifikasikan sebagai perisian langgar privasi. Lihat juga perisian intip. |
spyware | perisian intip | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Perisian yang dipasang secara tersembunyi pada komputer peribadi untuk memintas atau mengambil sebahagian kawalan ke atas interaksi pengguna dengan komputer tanpa pengetahuan pengguna tersebut. Perisian ini secara rahsia mengawasi tingkahlaku pengguna seperti laman web yang dilawati dan tabiat melayari Internet. Perisian ini juga dapat mengganggu kawalan pengguna terhadap komputer seperti memasang perisian tambahan dan mengalih aktiviti pelayar web. Selain itu, perisian ini dapat mengubah pengesetan komputer, mengakibatkan kelajuan capaian menjadi perlahan dan sambungan rangkaian terputus serta ketidakfungsian atur cara lain. Perisian intip boleh juga diklasifikasikan sebagai perisian langgar privasi. |
courseware | perisian kursus | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Perisian yang direka bentuk bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran sesuatu tajuk. Perisian ini dipakejkan dalam CD, pemacu pena atau dalam talian. |
apps | app | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Singkatan bagi perisian aplikasi. Sejenis perisian yang dipasang dalam komputer, tablet atau telefon pintar yang bertujuan untuk melaksanakan tugas tertentu seperti pemproses kata, peta, tempah hotel, tempah tiket penerbangan, radio, Internet, pendidikan, kamus dan lain-lain. Dalam konteks pendidikan, app lazim digunakan untuk tujuan gamifikasi, aktiviti pembelajaran interaktif, pengurusan kandungan, komunikasi dan penilaian. |
antivirus software | perisian antivirus | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Perisian yang digunakan untuk mengesan dan menghapuskan virus yang terdapat dalam komputer. Contohnya, perisian Kaspersky, Norton AntiVirus dan McAfee. |
software piracy | cetak rompak perisian | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Aktiviti menyalin atau mencetak perisian tanpa izin dan melanggar undang-undang. Contohnya, menyalin dan menjual perisian komputer untuk tujuan mengaut keuntungan. |
superzap | superzap | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | 1. Perisian utiliti sumber terbuka yang digunakan melihat kandungan fail dalam bentuk ASCII, EBCDIC atau HEX. 2. Kaedah penggodaman, iaitu pengguna hasad akan menggunakan perisian penyunting HEX untuk mengekstrak kekunci atau nombor siri daripada suatu perisian, ataupun membuat perubahan terlarang terhadap data dalam suatu perisian tanpa perlu melalui ciri perlindungan perisian tersebut. |
personal firewall | tembok api peribadi | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Perisian tembok api yang dipasang pada sistem komputer peribadi yang mempunyai ciri yang setara dengan tembok api biasa. Perisian ini hanya melindungi satu sistem komputer sahaja dan lebih bertumpu kepada kawalan capaian pada tahap proses perisian di dalam sistem komputer. Perisian ini juga mengawal capaian dengan rangkaian. |
page layout software | perisian reka letak | - | Tiada | Perisian yang digunakan untuk mereka letak halaman bahan terbitan seperti majalah, buletin, risalah dan poster. |
master boot sector virus | virus sektor but induk | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Virus yang memintas proses but untuk menjalankan kodnya. Pintasan awal ini membolehkan virus mengawal sistem sebelum perisian antivirus dan perisian pengesan lain menjadi aktif. |