Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ris.ti.wa] | ڤريستيوا

Definisi : sesuatu (hal dll) yg berlaku (menarik perhatian dll), kejadian, perkara: pengisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu merupakan suatu ~ yg penting dlm sejarah negeri ini; sekali ~ sl pd suatu kejadian; ~ bahasa Id sesuatu kejadian yg berkaitan dgn perkembangan bahasa; ~ sejarah kejadian-kejadian penting (besar) dlm sejarah; berperistiwa bersejarah; hari ~ hari yg bersejarah (kerana berlakunya kejadian penting). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ris.ti.wa] | ڤريستيوا

Definisi : sesuatu yg benar-benar berlaku; kejadian yg luar biasa atau yg menarik perhatian: ~ sejarah kejadian yg penting dlm sejarah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
peristiwa (kata nama)
Bersinonim dengan kejadian, hal, perkara, pengalaman, insidens, kes.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
chronicle playlakon kronikalKesusasteraanTiadaDrama yang mengutamakan peristiwa-peristiwa bersejarah dalam pemerintahan seorang raja. Lebih banyak memperlihatkan kebesaran dan kehebatan sesuatu peristiwa adat istiadat pertabalan dan sebagainya. Sinonim drama sejarah.
plotplotKesusasteraanTiadaSusunan peristiwa-peristiwa dalam sesebuah cerita karya-karya sastera berbentuk cereka.
scenariosenarioPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaSatu kaedah untuk membayangkan secara ringkas peristiwa-peristiwa mengikut urutan bagi menunjukkan bagaimana keadaan masa depan berubah secara berperingkat.
occasional poetrypuisi peristiwaKesusasteraanPuisiPuisi yang berdasarkan kepada sesuatu peristiwa yang menonjolkan sesuatu isu, pemikiran dan tema. Contohnya, peristiwa rampasan tanah petani-petani di Teluk Gong telah memberi ilham kepada beberapa orang penyair tanah air untuk mencipta puisi daripada peristiwa itu. Akhirnya lahirlah antologi Teluk Gong.
occasional poemspuisi peristiwaKesusasteraanTiadaPuisi yang dicipta untuk merakamkan sesuatu peristiwa seperti hari jadi, perkahwinan, sejarah, kemenangan, dan kematian. Puisi peristiwa dianggap puisi ringan namun kadangkala serius. Contohnya, dalam sajak berjudul Easter 1916� oleh Yeats dan �Lycidas� oleh Milton. Contoh lain ditemui dalam sajak berjudul �Keranda 152� oleh Usman Awang, dan �Jerkah Setinggan 72� oleh A. Samad Said. Dalam sastera Arab, puisi peristiwa ditemui dalam sajak �Projek Berkaki Ayam� oleh �Abd al-Hamid al-Dib, manakala dalam sastera Parsi, puisi ini terdapat pada sajak �Kemangkatan Sultan Mahmud� oleh Shavvaf.
nuclear security eventperistiwa sekuriti nuklearSains NuklearKejuruteraan ReaktorPeristiwa yang memberi kesan sebenar atau berpotensi memberi kesan kepada sekuriti nuklear. Peristiwa sekuriti nuklear mesti ditangani.
postulated initiating event (PIE)peristiwa pencetus andaianSains NuklearKejuruteraan ReaktorPeristiwa yang dikenal pasti semasa proses reka bentuk reaktor. Peristiwa ini boleh terjadi dan berpotensi menyebabkan kejadian kendalian dijangka (AOO) atau keadaan kemalangan.
occasional versesajak peristiwaKesusasteraanPuisiPuisi yang membawa sesuatu isu, pemikiran dan tema berdasarkan sesuatu peristiwa yang mempunyai erti dan makna tertentu bukan sahaja kepada penyairnya malah juga kepada seluruh masyarakat. Umpamanya peristiwa yang berhubung dengan Akta Bahasa, lahirlah beberapa buah puisi yang terkumpul dalam antologi puisi "Keranda 152" dan puisi "Kambing Hham" yang berkaitan dengan peristiwa 13 Mei 1969, karya Usman Awang.
contingent annuityanuiti kontingeninsuransTiadaAnuiti yang memulakan pembayaran faedah hanya selepas sesuatu peristiwa atau beberapa peristiwa yang ditetapkan berlaku.
event tree analysis (ETA)analisis salasilah peristiwaSains NuklearKejuruteraan ReaktorKaedah induktif yang merungkai urutan peristiwa yang boleh membawa kepada pelbagai keadaan kemalangan, iaitu bermula daripada peristiwa pencetus hingga kepada pelbagai keadaan akhir.
12345678910...

Kembali ke atas