Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.rit] | ڤريت

Definisi : 1. rasa sakit (spt luka kena ubat dll), pedih, perih: luka di mukanya masih pedih dan ~; 2. ki sangat dukacita (kecewa dll), sakit hati, pilu: ia berasa amat pahit dituduh demikian, ~ dan sayu; 3. susah payah, sukar: penulis cuba menggambarkan bagaimana ~nya hidup seorang pengemis; memeritkan menyebabkan (sesuatu) perit: cahaya matahari yg ~ kulit badan; keperitan perihal perit, kepedihan, kesusah­an, kesukaran: ia menghadapi segala ~ hidup dgn sabar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.rit] | ڤريت

Definisi : Kl jera, serik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.rit] | ڤريت

Definisi : Kl; terperit-perit terkedip-kedip, terkelip-kelip (mata), terkenyit-kenyit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.rit] | ڤريت

Definisi : 1 (be)rasa sakit spt yg dirasai ketika ditampar kuat-kuat dll. 2 ki tidak senang; susah: Alangkah ~nya kehidupan mereka sejak kematian ayah dan ibu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perit
Rujuk :pedih


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pleuritispleuritisKejururawatanTiadaInflamasi pada lapisan parietal pleura. Ciri klinikal utamanya termasuk sakit dada yang perit dan meningkat semasa batuk dan bergerak, pernafasan cetek dan cepat serta bunyi kemasukan udara ke dalam paru-paru yang semakin berkurangan. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh pneumonia atau infeksi virus.
picaresque novelnovel pikaresKesusasteraanTiadaNovel yang mengetengahkan watak kelas rendah sebagai protagonisnya. Fiksyen ini bersifat kembara dan disampaikan melalui sudut pandangan orang pertama. Protagonis yang digelar picaroon bergantung hidup dengan tipu helah dalam kehidupannya yang mencabar. Melalui analogi kehidupan picaroon yang perit, pengarang menggunakan latar ini untuk mengemukakan suatu bentuk satira khususnya dalam konflik kelas sosial. Novel ini bersifat episodik kerana jalan ceritanya mengikuti pengembaraan protagonis. Oleh yang demikian, novel ini mempunyai struktur yang longgar. Contoh novel pikares ialah Tom Jones karya Henry Fielding. Istilah picaro berasal daripada bahasa Sepanyol yang bermaksud �penjarah�. Lihat juga protagonis, satira.

Kembali ke atas