password cracker | perekah kata laluan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Perisian atau perkakasan yang meneka perkataan yang mungkin digunakan sebagai kata laluan. Perisian ini menyulitkan perkataan yang diteka dengan algoritma penyulitan kata laluan seperti MD5 dan mencari persamaan dengan kata laluan yang tersulit. Perkataan yang diteka adalah kata laluan sekiranya terdapat persamaan. Contoh perekah kata laluan ialah Jack the Ripper. |
dictionary attack | serangan kamus | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Serangan yang cuba menggunakan semua frasa atau perkataan dalam kamus untuk merekah kata laluan atau kekunci. Serangan ini menggunakan senarai perkataan yang telah tertakrif terlebih dahulu berbanding serangan hentam kromo yang penyerangnya mencuba kesemua kombinasi yang ada. |
public key encryption | penyulitan kekunci awam | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Lihat penyulitan tak simetri. |
secret key encryption | penyulitan kekunci rahsia | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Lihat penyulitan simetri. |
one-time pad encryption | penyulitan pad sekali | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Kaedah penyulitan yang menggunakan senarai rawak kekunci rahsia penyulitan. Setiap kekunci rahsia tersebut hanya digunakan sekali sahaja. Kaedah ini dianggap paling sempurna. Contohnya, sifer Vernam. |
link encryption | penyulitan paut | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Penyulitan dan penyahsulitan di antara hos penghantar dengan hos penerima, iaitu pada semua hos perantara. |
symmetric encryption | penyulitan simetri | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Kaedah penyulitan yang menggunakan satu kekunci, iaitu kekunci rahsia yang digunakan untuk penyulitan dan penyahsulitan mesej. Sinonim penyulitan kekunci rahsia. |
asymmetric encryption | penyulitan tak simetri | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Kaedah penyulitan yang menggunakan dua kekunci yang berbeza, iaitu kekunci awam dan kekunci persendirian. Kekunci awam digunakan untuk penyulitan mesej, manakala kekunci persendirian untuk penyahsulitan mesej. Sinonim penyulitan kekunci awam. |
electronic warfare | peperangan elektronik | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Kaedah peperangan moden yang menggunakan spektrum elektromagnet secara aktif atau pasif. Kaedah ini mempunyai tiga komponen utama, iaitu serangan elektronik, perlindungan elektronik dan sokongan elektronik serta mula mendapat perhatian dalam Operation Desert Storm ketika Perang Teluk pada tahun 1990. |
certificate | perakuan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Dokumen elektronik yang ditandatangani secara digital oleh pihak yang berwibawa. Dokumen ini mengandungi maklumat tentang suatu entiti dan kekunci awam entiti tersebut. |