development of lesson | perkembangan pengajaran; perkembangan pelajaran | Pendidikan | Tiada | Tiada |
incubation | eraman; pengeraman | Perubatan | Tiada | Proses perkembangan seperti perkembangan penyakit berjangkit, kultur bakteria. Bermula daripada kehadiran patogen hingga terdapatnya gejala. |
cognitive development | perkembangan kognitif | Psikologi | Psikologi Umum | Bidang yang memberi tumpuan kepada perkembangan kanak-kanak dari segi pemprosesan maklumat, sumber konseptual, kemahiran persepsi, pembelajaran bahasa dan aspek lain daripada perkembangan minda. Antara pelopor bidang ini ialah Jean Piaget yang memperkenalkan teori perkembangan kognitif. |
hemiectromelia | hemiektromelia | Perubatan | Tiada | Anomali perkembangan yang dicirikan dengan perkembangan anggota yang tidak sempurna pada sebelah bahagian badan. |
developmental approach to care | pendekatan penjagaan perkembangan | Kejururawatan | Tiada | Kaedah menggalakkan perkembangan dan kemahiran individu berdasarkan tahap perkembangan semasa dan bukan mengikut umur sebenar. |
malformation | pencanggaan; malformasi | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kecacatan anggota tubuh akibat perkembangan tak normal semasa perkembangan fetus. |
flowering | pembungaan | Botani | Tiada | Proses pengeluaran bunga yang terdiri daripada tiga fasa utama, iaitu fasa pengaruhan. Fasa permulaan dan fasa perkembangan bunga. Fasa pengaruhan melibatkan perubahan fisiologi pada bahagian meristem. Fasa permulaan pula melibatkan transformasi bunga yang diaruhkan, manakala fasa perkembangan melibatkan perkembangan tunas bunga menjadi struktur hingga yang matang. |
morphogenesis | morfogenesis | Botani | Tiada | Perubahan kuantitatif dalam perkembangan tumbuhan bermula daripada peringkat zigot sehingga membentuk pokok dewasa. Perubahan ini meliputi pembahagian dan perkembangan sel, perbezaan sel dan organ, perubahan laluan metabolik antara tisu, pemanjangan batang bagi sesetengah pokok yang dilindungi cahaya, perkembangan ciri daun yang terdedah atau terlindung daripada cahaya, perkembangan ciri daun yang terdedah atau terlindung daripada cahaya serta pengaruhan pembungaan dan kedormanan. |
determinate | tak berterusan | Botani | Tiada | Ciri penamatan perkembangan tumbuhan vegetatif dari segi morfologi atau fisiologi. Secara amnya, perkembangan tumbuhan vegetatif boleh ditamatkan melalui persaingan sink seperti perkembangan buah dan juga tegasan fisiologi, manakala secara khususnya pula adalah melalui proses pembungaan di bahagian pucuk. |
pseudoangiocarp | pseudoangiokarpa | Biologi | Mikologi | Perkembangan jasad buah yang pada peringkat awalnya bersifat gimnokarpa, atau yang himeniumnya terdedah pada peringkat awal perkembangan, tetapi kemudiannya dilindugi kelubung palsu yang berasal daripada tisu sekunder atau daripada bahagian tepi pileus yang melengkung ke dalam. Himenium ini terdedah semula pada peringkat akhir perkembangan apabila spora matang. |