Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ke.ra.nian] | ڤرکرانين

Definisi : yg berkaitan (berhubungan) dgn kerani atau tugas dan tanggungjawab kerani: drpd jumlah itu, golongan pekerja ~ dan teknik merupakan jumlah penyertaan yg terbanyak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ke.ra.nian] | ڤرکرانين

Definisi : segala urusan yg berkaitan dgn tugas kerani. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perkeranian


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
political workerpetugas politikSains PolitikPolitik PerbandinganIndividu yang bekerja untuk sesuatu organisasi atau parti politik sama ada secara sukarela atau dengan mendapat bayaran untuk perkhidmatannya. Petugas ini ditempatkan di pejabat atau markas parti dan melaksanakan segala bentuk kerja perkeranian dan pentadbiran seperti surat-menyurat, penyimpanan fail, rekod serta perhubungan antara ahli politik. Dalam menghadapi pilihan raya, petugas ini akan melaksanakan kerja yang berkaitan dengan kempen, pendaftaran, penyebaran poster, manifesto dan sebagainya. Petugas ini mungkin tidak memahami sepenuhnya ideologi atau sejarah parti tetapi melakukannya sebagai satu pekerjaan. Contohnya, petugas politik di Biro Pengaduan MCA akan menyelesaikan pelbagai masalah orang ramai yang datang mengadu ke pejabat biro tersebut.

Kembali ke atas