jointly owned-property | perkongsian harta | Ekonomi | Ekonomi Islam | Perkongsian yang melibatkan modal atau harta pihak yang berkongsi bagi tujuan perniagaan. Perkongsian ini merupakan salah satu bentuk perkongsian akad. Dalam menentukan bahagian perkongsian harta, tanggungjawab dan keuntungan boleh mewujudkan dua jenis perkongsian harta yang berlainan, iaitu perkongsian inan dan perkongsian mufawadah Sinonim syarikah amwal. |
joint ownership | perkongsian milik | Ekonomi | Ekonomi Islam | Perkongsian dan pemilikan bersama modal atau harta antara dua individu atau lebih. Perkongsian ini terbentuk tanpa melalui akad khusus tetapi hanya dengan persetujuan pihak yang berkongsi. Terdapat dua jenis perkongsian milik, iaitu perkongsian dengan pilihan dan perkongsian tanpa pilihan. Pihak yang terlibat tidak boleh menguruskan bahagian harta yang dimilikinya tanpa mendapat keizinan rakan kongsinya. Sinonim syarikah amlak. |
contract sharing | perkongsian akad | Ekonomi | Ekonomi Islam | Perkongsian dan pemilikan bersama modal atau harta antara dua individu atau lebih bagi tujuan perniagaan. Keuntungan atau kerugian daripada perniagaan akan dikongsi bersama. Perkongsian ini terbentuk melalui akad khusus yang memerlukan persetujuan pihak yang berkongsi. Perkongsian akad terbahagi kepada beberapa jenis seperti perkongsian harta, perkongsian kerja dan perkongsian wujuh. Sinonim syarikah uqud. |
sharikah mufawadah | syarikat persamaan/perkongsian persamaan | Perniagaan Islam | Tiada | Persetujuan dua pihak atau lebih untuk menjalankan suatu perusahaan secara bersama, sama ada dari aspek kepakaran, nilai modal dan pegangan agama. Contohnya, perkongsian firma guaman atau perkongsian firma perakaunan. Lihat juga sharikah ‘inan. |
time sharing | perkongsian masa | Teknologi Maklumat | Perisian | Perkongsian sumber pengkomputeran oleh beberapa pengguna yang dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan multitugas. Dengan membenarkan bilangan pengguna yang ramai untuk berinteraksi secara serentak dalam satu komputer, perkongsian masa dapat mengurangkan kos pengkomputeran dan pada masa yang sama menghasilkan pengalaman pengkomputeran yang lebih interaktif. Sekiranya bilangan pengguna menjadi optimum, proses keseluruhan pengkomputeran akan menjadi lebih efisien. Oleh itu, slot masa yang diambil untuk menunggu input cakera, pita atau rangkaian boleh diberikan kepada pengguna lain. |
sharing of choice | perkongsian pilihan | Ekonomi | Ekonomi Islam | Persetujuan yang terbentuk apabila pihak yang terlibat mempunyai pilihan melakukan atau tidak melakukan perkongsian dan menerima atau menolak perkongsian. Contohnya, persetujuan berkongsi membeli barang, berkongsi menerima hadiah dan berkongsi menerima harta yang diwasiatkan. Sinonim syarikah ikhtiyar. |
without choice sharing | perkongsian tanpa pilihan | Ekonomi | Ekonomi Islam | Persetujuan yang terbentuk apabila pihak yang terlibat tidak mempunyai pilihan menolak perkongsian pemilikan sesuatu harta tetapi terpaksa menerimanya kerana telah ditetapkan oleh hukum syarak. Contohnya, perkongsian dalam harta yang diwarisi dan pemilikan harta sepencarian. Sinonim syarikah jabar. |
seed sharing | perkongsian benih tanaman | Ekonomi | Ekonomi Islam | Akad yang membolehkan pemilik tanah dan pengusaha berkongsi menyediakan benih untuk tanaman. Kadar perkongsian penyediaan benih tanaman bergantung pada persetujuan kedua-dua belah pihak. Mengikut pendapat jumhur ulama, perkongsian benih tanaman dalam akad muzaraah tidak dibenarkan dan menyebabkan akad tidak sah, tetapi dianggap sah mengikut mazhab Maliki. |
work sharing | perkongsian kerja | Ekonomi | Ekonomi Islam | Perkongsian yang berlaku dalam kerja antara pihak yang berakad. Pihak yang berkongsi bersetuju untuk menerima kerja dan melakukannya secara bersama-sama. Dalam melaksanakan kerja berkenaan, setiap rakan kongsi disyaratkan untuk melakukan jenis kerja yang sama dan berada di tempat yang sama kecuali sekiranya kerja mereka adalah saling melengkapi antara satu dengan lain. Bayaran upah akan dibahagi antara rakan kongsi mengikut kesesuaian dengan kadar kerja masing-masing. Contohnya, perkongsian kerja membina rumah, membuat pakaian dan membuat perabot. Sinonim syarikah abdan. |
mufawadah sharing | perkongsian mufawadah | Ekonomi | Ekonomi Islam | Akad perkongsian yang mensyaratkan persamaan dalam sumbangan modal, pembahagian keuntungan, tanggungjawab dan status pihak yang berkongsi. Setiap rakan kongsi menjadi penjamin dan wakil kepada rakan kongsi yang lain dalam hal perniagaan. Hal ini bermakna, urusan perniagaan yang dilakukan oleh salah seorang rakan kongsi dipersetujui oleh rakan kongsi yang lain. Oleh sebab syarat persamaan merangkumi persamaan agama, perkongsian mufawadah tidak sah antara orang Islam dengan yang bukan Islam. Sinonim syarikah mufawadah. |