supremacy of the constitution | ketertinggian perlembagaan | Undang-undang | Tiada | Perihal kedudukan Perlembagaan yang menghendaki semua undang-undang dan tindakan dibuat selaras dengan peruntukan Perlembagaan. |
constitutional amendment | pindaan perlembagaan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Satu proses untuk mengubah dan menyesuaikan undang-undang tertinggi bagi sesebuah negara berdasarkan keadaan dan perkembangan semasa. Perlembagaan biasanya dipinda dengan tujuan untuk menambah atau memansuhkan sesuatu peruntukan yang dianggap tidak sesuai dengan keadaan semasa dan keperluan rakyat. Pindaan Perlembagaan hanya boleh dibuat di Parlimen bagi peringkat persekutuan dan di Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi peringkat negeri. Dalam konteks Malaysia, berdasarkan Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan boleh dipinda melalui empat cara iaitu, (i) Dengan kelebihan suara dua pertiga dalam tiap-tiap satu sidang Parlimen dan persetujuan Majlis Raja-Raja, (ii) Dengan kelebihan suara dua pertiga dalam tiap-tiap satu sidang Parlimen dan persetujuan Yang Dipertua Negeri Sabah dan Sarawak, (iii) Dengan kelebihan suara dua pertiga dalam tiap-tiap satu sidang Parlimen dan (iv) Dengan kelebihan suara biasa dalam tiap-tiap satu sidang Parlimen. |
constitutional assembly | majlis perlembagaan | Sejarah | Tiada | Badan yang berhubung dengan hal-hal perlembagaan seperti tafsiran, pembentukan, penggubalan dan pindaan yang ditubuhkan untuk membentuk sistem pemerintahan berpelembagaan. |
constitutional conventions | amalan perlembagaan | Undang-undang | Tiada | Amalan yang diterima dan dipatuhi sebagai sebahagian daripada undang-undang perlembagaan sungguhpun bukan undang-undang. |
constitutional propriety | kewajaran di sisi perlembagaan | Undang-undang | Tiada | Kewajaran melakukan sesuatu tindakan dilihat dari sudut perlembagaan, contohnya penubuhan badan berkanun dan syarikat kerajaan. |
constitutional monarchy | pemerintahan raja berperlembagaan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Sistem pentadbiran beraja berasaskan perlembagaan. Raja berada di kemuncak hierarki pemerintahan berperanan untuk menggubal dan melaksanakan dasar-dasar petadbiranan sesebuah negara mengikut peruntukan dalam perlembagaan dan undang-undang. Dalam konteks ini, Raja tidak berkuasa mutlak kerana kuasa baginda dihadkan oleh Perlembagaan. Bagi melaksanakan pemerintahan, Raja tidak memegang kuasa secara langsung, tetapi mewakilkan kuasa itu kepada sekumpulan wakil yang menjadi anggota Kabinet diketuai oleh seorang Perdana Menteri. Baginda menjalankan tugas secara simbolik dan menjadi lambang perpaduan serta tonggak kekuasaan. Pemerintahan raja berperlembagaan menetapkan raja dikehendaki menerima nasihat daripada anggota Kabinet dan bertindak menurut nasihat tersebut. |
constitutional law | undang-undang perlembagaan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Semua peraturan sama ada secara langsung atau tidak langsung yang menyentuh pembahagian dan pelaksanaan kuasa kerajaan. Peraturan ini termasuklah peraturan-peraturan yang menyelaraskan struktur cabang utama kerajaan dan perhubungan mereka sesama sendiri serta penentuan tugas utama masing-masing. Setiap negara mempunyai undangundang perlembagaan masing-masing. Undang-undang perlembagaan menentukan kaedah peraturan undang-undang antarabangsa diterima pakai di negara tersebut. |
dissolution | pembubaran | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Proses pemecahan sesebuah negara kepada negara-negara kecil. Proses ini berkait rapat dengan pelaksanaan hak berkerajaan sendiri oleh penduduk sesuatu kawasan yang diperintah oleh kuasa penjajah atau kuasa asing. Pembubaran boleh berlaku secara aman jika dibenarkan oleh perlembagaan dan dilaksanakan berpandukan perlembagaan. Contohnya, pembubaran Czechoslovakia yang membawa kepada pembentukan negara Republik Czech dan Slovakia. Namun, pembubaran juga boleh berlaku akibat kemusnahan sesebuah sistem yang mendukungi kewujudan sesebuah negara seperti kemusnahan sistem komunis di Kesatuan Soviet dan Yugoslavia. |
constitution | perlembagaan; penjuzukan; juzukan | Ekonomi | Tiada | Tiada |
constitution | perlembagaan; penjuzukan; juzukan | Perpustakaan | Tiada | Tiada |