umbrella liability policy | polisi liabiliti payung | insurans | Tiada | Perlindungan tambahan yang pada dasarnya memberi had perlindungan yang tinggi, lebih daripada had polisi-polisi primer dan juga perlindungan liabiliti tambahan biasa. Perlindungan ini tertakluk kepada bendungan swainsurans. |
primary coverage | perlindungan primer | insurans | Tiada | Perlindungan insurans yang membayar ganti rugi mulai daripada kerugian ringgit yang pertama, mungkin setelah ditolak deduktibel. Ini berbeza dengan perlindungan lebihan yang membuat pembayaran sehingga perlindungan utama telah digunakan sepenuhnya. |
excess insurance | insurans lebihan | insurans | Tiada | Perlindungan tambahan kepada perlindungan utama daripada satu atau lebih polisi insurans. Polisi ini tidak membayar faedah kerugian sehingga amaun tuntutan melebihi jumlah tertentu. |
lag coverage | perlindungan susulan | insurans | Tiada | Perlindungan berbentuk endorsemen yang dikepilkan pada Polisi Ganggu Niaga yang meluaskan tempoh perlindungan sehingga tempoh perniagaan dibuka semula dan mencapai tahap sebelum perniagaan terganggu. |
protection and indemnity risk | risiko indemniti dan perlindungan | insurans | Tiada | Sesetengah risiko sejak dahulu tidak boleh diinsuranskan dalam pasaran insurans marin. Dengan ini, tuan punya kapal telah menubuhkan persatuan kerjasama (kelab) untuk perlindungan risiko tersebut. Perlindungan termasuk belanja pengasingan, liabiliti perlanggaran dan kesan pelanggaran, belanja pembersihan kesan kemusnahan dan liabiliti di bawah kontrak penundaan serta liabiliti terhadap kerosakan kepada kapal lain selain perlanggaran dan sebagainya. Risiko ganti rugi termasuk liabiliti tuan punya kapal terhadap kargo, denda kelewatan, pemindahan atau kesalahan kastam. |
asset protection | perlindungan aset | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Perlindungan yang diberikan kepada nilai entiti tertentu seperti pemproses komputer, cakera, rangkaian, atur cara, data dan juga pengguna. Perlindungan ini boleh dilaksanakan melalui penggunaan perkakasan dan perisian keselamatan. |
landlord protective liability | liabiliti perlindungan tuan tanah | insurans | Tiada | Perlindungan yang disediakan untuk tuan punya harta yang memajakkan keseluruhan premisnya kepada orang lain. Perlindungan ini memberi kuasa penuh kepada pemajak. |
additional coverage (insurance) | liputan tambahan; pelindungan tambahan (insurans) | Pelayaran | Tiada | Perlindungan tambahan kepada perlindungan asal, yang dikenakan juga bayaran premium tambahan. |
property damage liability insurance | insurans liabiliti kerosakan harta | insurans | Tiada | Perlindungan terhadap liabiliti kerosakan harta pihak lain, termasuk kehilangan penggunaan harta tersebut. Perlindungan ini berbeza dengan liabiliti kecederaan anggota badan pihak lain. Dalam kebanyakan hal, perlindungan ini diunderait bersama dengan perlindungan liabiliti kecederaan anggota badan. |
elevator collision coverage | perlindungan pelanggaran elevator | insurans | Tiada | Perlindungan untuk kerosakan yang disebabkan oleh pelanggaran elevator tanpa mengambil kira kesilapan sebarang pihak. Ini termasuk kerosakan kepada harta persendirian, bangunan dan elevator itu sendiri. Perlindungan liabiliti biasanya diberikan secara automatik oleh polisi Liabiliti Perniagaan. |