artificial insemination | permanian beradas | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Proses mendepositkan semen ke dalam saluran pembiakan betina pada masa tertentu dengan menggunakan peralatan tertentu. Kaedah mendepositkan semen boleh dilakukan secara intravagina, intraserviks atau intrauterus. |
artificial insemination technician | juruteknik permanian beradas | Veterinar | Tiada | Individu yang bertanggungjawab memasukkan sperma haiwan jantan ke dalam rahim haiwan betina menggunakan radas atau cara yang bukan semula jadi bertujuan untuk membiakkan haiwan ternakan tanpa perlu memelihara haiwan jantan yang mempunyai baka berprestasi tinggi. |
artificial insemination technician | juruteknik permanian beradas | Veterinar | Tiada | Individu yang bertanggungjawab memasukkan sperma haiwan jantan ke dalam rahim haiwan betina menggunakan radas atau cara yang bukan semula jadi bertujuan untuk membiakkan haiwan ternakan tanpa perlu memelihara haiwan jantan yang mempunyai baka berprestasi tinggi. |
teaser bull | lembu jantan pengacah | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Haiwan jantan yang digunakan sebagai pengesan estrus lembu betina tanpa permanian. Pelbagai kaedah dilakukan ke atas lembu jantan pengacah sebelum proses mengesan estrus dilaksanakan seperti pemakaian apron, vasektomi atau epidimektomi. |
semen utilization | penggunaan semen | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Aktiviti yang dilakukan ke atas semen semasa proses pembiakan. Dalam proses pembiakan haiwan, lazimnya semen digunakan semasa aktiviti permanian beradas. |
frozen semen | semen sejuk beku | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Semen yang dikumpulkan, dianalisis dan disimpan dalam cecair nitrogen pada suhu −196°C (−321°F) untuk kegunaan masa depan dalam permanian beradas. Semen sejuk beku pada suhu ini boleh disimpan dalam tempoh jangka masa yang lama. |
oestrus detection | pengesanan estrus | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Kaedah pengesanan masa seksual pada haiwan betina. Pengesanan estrus dapat menentukan masa yang sesuai untuk pengawanan haiwan betina tersebut. Pengesanan estrus juga membolehkan kaedah pembiakan seperti permanian beradas (AI) dilakukan pada haiwan betina. Sinonim pengesanan berahi. |
semen preservation | pengawetan semen | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Proses untuk mengawet semen pada suhu -196° Celsius. Proses pengawetan semen ini juga dikenali sebagai krioawetan. Semen yang dikrioawet boleh disimpan dalam tempoh yang lama untuk digunakan dalam permanian beradas. |
mating type | jenis mengawan | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Kaedah mengawan, iaitu sama ada secara semula jadi atau buatan. Jenis mengawan semula jadi berlaku secara rawak atau melalui pemilihan sebelum mengawan manakala jenis mengawan buatan pula menggunakan kaedah permanian beradas atau in vitro. |
oestrus synchronisation | pengsinkronian estrus | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Kaedah untuk menyebabkan peringkat estrus sekumpulan haiwan betina berlaku serentak. Pengsinkronian estrus dilakukan dengan memberikan hormon kepada haiwan betina. Kaedah ini dilaksanakan pada ternakan seperti lembu bagi memudahkan pembiakan menggunakan teknik permanian beradas. Kaedah ini juga digunakan untuk mendapatkan tempoh beranak yang serentak bagi memudahkan pengurusan haiwan. |