Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.min.ta.an] | ڤرمينتاءن

Definisi : 1. perihal (perbuatan) meminta: ~nya supaya menceraikannya itu sungguh berat dirasa oleh suaminya; 2. sesuatu yg diminta, permohonan: ~ orang tampan itu diterimanya dgn segala senang hati; 3. Mn peminta (nasib yg ditakdirkan Tuhan): sudah-lah nasib ~ badan, kita di bawah kehendak Allah; 4. (Eko) pernyataan kehendak atau kemahuan pembeli (utk barang atau perkhid­matan) dgn kesediaan membayar harga yg tertentu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.min.ta.an] | ڤرمينتاءن

Definisi : 1 perbuatan atau hal meminta; permohonan: ~nya sia-sia saja. 2 sesuatu yg diminta; permohonan: ~nya utk mendapatkan tanah itu tidak dilayan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
minta
Kata Terbitan : meminta, minta-minta, meminta-minta, permintaan, peminta,

Puisi
 

Ambil galah jolok kedondong,
     Galah patah menimpa dahan;
Bukannya salah ibu mengandung,
     Sudah nasib permintaan badan.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Lidah terkalang.

Bermaksud :

Tidak dapat membantah sesuatu permintaan orang kerana telah berhutang budi dan sebagainya. (Peribahasa lain yang sama makna: Lidah terganjal).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
effective demandpermintaan berkesanPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaPermintaan sebenar yang diukur melalui kemampuan kewangan.
market forcesdaya pasaranEkonomiTiadaFaktor-faktor yang mempengaruhi permintaan dan penawaran sesuatu barangan yang seterusnya mempengaruhi tingkat harga dan kuantiti keseimbangan. Umumnya, apabila permintaan pasaran lebih besar daripada penawaran pasaran maka harga akan cenderung naik dan kuantiti akan cenderung bertambah. Keadaan sebaliknya akan berlaku apabila penawaran pasaran melebihi permintaan pasaran.
demand-side economyekonomi sebelah permintaanEkonomiTiadaFalsafah ekonomi yang mempercayai bahawa keseimbangan guna tenaga penuh hanya boleh dicapai dengan mengubah komponen permintaan agregat. Saranan utama fahaman ini menyatakan perlunya dasar fiskal membawa ekonomi keluar daripada masalah kemelesetan.
waste water treatmentolahan air sisaTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauGabungan operasi dan proses yang direka bentuk untuk mengurangkan kandungan bahan cemar dalam air sisa kepada tahap yang boleh diterima. Parameter standard seperti oksigen terlarut, permintaan oksigen biokimia, permintaan oksigen kimia, pH dan jumlah pepejal terlarut digunakan untuk mengukur prestasi olahan.
demandpermintaanPenilaian Harta TanahTiadaTiada
primary demandpermintaan utamaPenilaian Harta TanahTiadaTiada
market demandpermintaan pasaranPenilaian Harta TanahTiadaTiada
requisition noticenotis permintaanPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaNotis yang dikemukakan oleh pihak berkuasa perancang tempatan ke atas pemilik tanah supaya menghentikan penggunaan atau mengubahsuai penggunaan tanah dan bangunan.
inadequate demandkekurangan permintaanPenilaian Harta TanahTiadaTiada
demand effectkesan permintaanPenilaian Harta TanahTiadaTiada
123456

Kembali ke atas