permit bond | bon permit | insurans | Tiada | Bon yang memberi jaminan bahawa seseorang yang diberi permit untuk menjalankan sesuatu aktiviti akan mematuhi semua peraturan dan undang-undang yang berkaitan dengan pemberian permit itu. |
shooting permit | permit menembak | Pelancongan | Tiada | Kebenaran yang diperoleh daripada pihak berkuasa yang membenarkan pemburuan dijalankan mengikut tempat, tarikh, masa dan spesies buruan. |
industrial development | pembangunan industri | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Permit yang dikeluarkan oleh Lembaga Perdagangan (UK) yang membenarkan sesebuah industri baharu dibangunkan. Permit ini disertakan bersama-sama semasa memohon kebenaran merancang. |
visa waiver | pengecualian visa | Pelancongan | Tiada | Kebenaran yang diberikan oleh sesebuah negara kepada rakyat negara lain untuk memasuki negaranya tanpa permit. |
consolidation (power) | pengukuhan (kuasa) | Sains Politik | Politik Perbandingan | Aksi atau proses yang diambiI oleh pemimpin bagi memantapkan penguasaannya dalam pentadbiran atau pemerintahan. Tindakan ini diambil ekoran daripada kewujudan ancaman atau saingan terhadap kedudukan atau penguasaannya. Bagi menghalang ancaman tersebut, beberapa langkah pengukuhan dilakukan. Antaranya melalui pindaan atau penggubalan undang-undang seperti mewajibkan parti politik memohon permit berkempen, menghalang penerbitan sebarang media cetak selain media pemerintah, melucutkan jawatan individu yang mengancam kedudukan dan mengehadkan kebebasan berpolitik di negara tersebut. Namun begitu, terdapat juga proses pengukuhan yang bersifat positif seperti perubahan struktural dalaman sesebuah organisasi. Contohnya, kewujudan beberapa kementerian baru yang dilakukan oleh Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi selepas memenangi Pilihan raya 2004. |
endangered botanical species | spesies tumbuhan terancam | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Spesies tumbuhan yang hampir pupus disebabkan oleh faktor utama seperti kehilangan habitat dan kehilangan variasi genetik. Menurut Dokumen Panduan Pendaftaran Dadah (DRGD), pemohon pendaftaran produk ubat bertanggungjawab untuk mengisytiharkan sumber ramuan herba yang disenaraikan di bawah Akta Perdagangan Antarabangsa Spesies Terancam 2008 (Akta 686). Sekiranya bahan tersebut berasal dari sumber tempatan, permit atau lesen khas perlu diperoleh dari Jabatan Pertanian. |
endangered animal species | spesies hidupan liar terancam | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Spesies hidupan liar yang hampir pupus disebabkan faktor utama seperti kehilangan habitat dan kehilangan variasi genetik. Menurut Dokumen Panduan Pendaftaran Dadah (DRGD), pemohon pendaftaran produk ubat bertanggungjawab untuk memastikan formulasi yang mengandungi suatu bahagian atau bahan terbitan daripada spesies hidupan liar perlu mematuhi Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) dan Akta Perdagangan Antarabangsa Spesies Terancam 2008 (Akta 686). Sekiranya bahan tersebut berasal dari sumber tempatan, permit atau lesen khas perlu diperoleh daripada pihak berkuasa yang berkaitan. |