point of attack | pecah cerita | Kesusasteraan | Tiada | Permulaan cerita yang biasanya bermula selepas eksposisi atau pada permulaan persembahan. Permulaan cerita biasanya ditemui dalam teater tradisional. Selepas pecah cerita, aksi akan menuju komplikasi, seterusnya menuju klimaks (puncak) dan penyelesaian komplikasi utama. Lihat juga puncak. |
rolling start | permulaan pralumba | Sukan | Lumba Basikal | Perihal melepaskan pelumba lebih awal daripada tempat permulaan sebenar. |
initial sum at risk | jumlah permulaan berisiko | insurans | Tiada | Amaun bayaran yang dibuat pada permulaan kontrak insurans yang biasanya tertakluk kepada pelarasan pada akhir tempoh polisi. |
initial sum at risk | jumlah permulaan berisiko | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Amaun bayaran yang dibuat pada permulaan kontrak insurans yang biasanya tertakluk kepada pelarasan pada akhir tempoh polisi. |
starter feed | makanan permulaan | Perikanan | Tiada | Makanan formulasi ternakan dalam saiz yang halus dan kecil dan kebiasaannya dalam bentuk peroi. Makanan permulaan digunakan pada peringkat awal ternakan di dalam kolam atau sangkar. Kandungan nutrisi bagi makanan ini lebih tinggi berbanding pada peringkat lain ternakan dan harganya juga lebih mahal. |
discrete skill | kemahiran diskret | Sains Sukan | Biomekanik | Kelas kemahiran yang memperlihatkan permulaan lakuan yang jelas. Tahap permulaan dan pengakhiran lakuan ditentukan oleh kinematik pergerakan. Contohnya, kemahiran menendang, memukul atau membaling bola. |
continuous skill | kemahiran selanjar | Sains Sukan | Biomekanik | Kelas kemahiran yang tidak memperlihatkan permulaan dan pengakhiran yang nyata. Tahap permulaan dan pengakhiran perlakuan kemahiran ini ditentukan oleh pelaku. Contohnya, berjalan, berenang atau berbasikal. |
jump start | permulaan lompat | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Kaedah untuk mengengkol enjin kenderaan semasa bateri mengalami nyahcas dengan menyambungkan bateri tercas kepada sistem pemula. |
housing start | permulaan binaan (harta tanah) | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
initial allowance | elaun permulaan | Ekonomi | Tiada | Peruntukan sebahagian daripada pendapatan yang dikecualikan daripada cukai yang diberi pada tahun pertama operasi perniagaan. Pengecualian ini diberi untuk membantu perniagaan yang selalunya mengalami kesulitan kewangan pada awal operasinya. |