dyspnea | dispnea | Kejururawatan | Tiada | Kesukaran pernafasan yang disebabkan oleh ketidaklancaran aliran udara ke dalam dan keluar paru-paru yang bercirikan pengembangan hidung, penggunaan otot pernafasan tambahan, perubahan kedalaman pernafasan, dan pengembangan paru-paru. |
Cheyne-Stokes breathing | pernafasan Cheyne-Stokes | Kejururawatan | Tiada | Pernafasan yang abnormal dengan kadar pernafasan menjadi perlahan dan berhenti beberapa saat sebelum bernafas dengan cepat dan menjadi perlahan semula. Keadaan ini berlaku terutamanya kepada pesakit yang tenat. |
shallow breathing | pernafasan cetek | Kejururawatan | Tiada | Pernafasan lemah yang menunjukkan paru-paru tidak mengembang sepenuhnya. |
external respiration | pernafasan eksternal | Kejururawatan | Tiada | Peringkat pernafasan yang membolehkan penyerapan oksigen dan penyingkiran karbon dioksida dari kapilari di alveoli paru-paru. |
internal respiration | pernafasan internal | Kejururawatan | Tiada | Peringkat pernafasan yang membolehkan penyerapan oksigen dan penyingkiran karbon dioksida daripada tisu. |
artificial respiration | pernafasan bantuan | Kejururawatan | Tiada | Bantuan pernafasan mekanikal bagi menentukan aliran udara ke dalam dan keluar paru-paru untuk mengekalkan paras oksigen yang optimum dalam darah. |
paradoxical breathing | pernafasan paradoksikal | Kejururawatan | Tiada | Keadaan bentuk pernafasan yang tidak normal, iaitu semasa menarik nafas, dinding dada bergerak ke dalam dan sebaliknya semasa menghembus nafas. |
mechanisms of breathing | mekanisma pernafasan | Perubatan | Tiada | Proses pernafasan semasa inspirasi dan ekspirasi. |
mechanisms of breathing | mekanisme pernafasan | Kejururawatan | Tiada | Proses pernafasan semasa inspirasi dan ekspirasi. |
aerobic respiration | pernafasan aerobik | Kejururawatan | Tiada | Proses katabolik pada peringkat pernafasan sel yang memerlukan oksigen. |