clearing house (information) | pusat penyebaran (maklumat) | Perpustakaan | Tiada | 1. Organisasi yang mengumpul dan menyelenggarakan rekod penyelidikan, dan aktiviti-aktiviti lain.,2. Perpustakaan khusus yang mempunyai jumlah bahan bercetak yang terhad tetapi mengumpulkan maklumat melalui telefon dan surat menyurat serta penggunaan perpustakaan-perpustakaan lain. |
bibliotheca | biblioteka | Perpustakaan | Tiada | 1. Sebuah perpustakaan.,2. Katalog ahli bibliografi. |
bibliology | bibliologi | Perpustakaan | Tiada | 1. Sains tentang buku yang merangkum semua aspek seperti cetakan, jilidan buku, jualan buku, perpustakaan dan sains perpustakaan.,2. Pengumpulan maklumat yang pelbagai tentang buku, dokumen dan manuskrip yang kerap memuatkan anekdot dan anotasi. |
classification of library science | pengelasan sains perpustakaan | Perpustakaan | Tiada | Skim yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian pertama yang terdiri daripada A/Z yang mengandungi subjek utama atau 'inti' perpustakaan sementara bahagian kedua iaitu kelas 1/8 yang terdiri daripada subjek sampingan yang penting untuk rujukan para pustakawan dan sains maklumat. |
catalogue | katalog | Perpustakaan | Tiada | 1. Senarai buku, peta, atau butiran lain yang di susun menurut susunan tertentu yang merakam, mendeskripsi dan mengindeks sumber daripada sesuatu koleksi, perpustakaan atau sekumpulan perpustakaan.,2. Mengumpul satu senarai dokumen menurut satu set atau rumus yang membolehkan pengguna mencari bahan-bahan tersebut melalui kelas, nombor panggilan dan sebagainya. |
accession | tambah terima; penerimaan | Perpustakaan | Tiada | 1. Buku atau bahan yang diperoleh oleh perpustakaan untuk koleksinya. 2. Merekodkan buku dan bahan seumpamanya yang diterima oleh perpustakaan. |
catchment area | kawasan tadahan; kawasan tumpuan | Perpustakaan | Tiada | 1. Kawasan tumpuan: Dalam perancangan perpustakaan, satu kawasan yang ditandakan sebagai ruang perkhidmatan perpustakaan yang dijangka menjadi tumpuan para pengguna. |
coden | koden | Perpustakaan | Tiada | 1. Pengelasan kod yang diberikan pada dokumen atau bahan perpustakaan lain yang terdiri daripada 4 huruf besar dan diikuti oleh dua kumpulan yang terdiri daripada angka-angka Arab yang dibubuh sempang, atau dua angka Arab yang diikuti oleh dua huruf besar, atau beberapa kombinasi yang serupa.,2. Kombinasi beberapa huruf, angka, dan simbol yang diberikan sebagai hasil penerapan peraturan pengekodan dalam usaha menghasilkan petikan bibliografi. |
collate | kumpul semak | Perpustakaan | Tiada | 1. Menyemak kedudukan buku di perpustakaan dengan mengumpul, membanding dan menyemak secara teliti.,2.Tindakan yang berkaitan dengan mesin berjadual bagi menentukan kombinasi atau gabungan kad rekod menurut susunan yang dikehendaki.,3. Memindahkan hubungan yang bertanda pada satu pruf kepada satu pruf bertanda yang lain, misalnya daripada satu pruf pembaca kepada pruf pengarang. |
closed entry | entri lengkap | Perpustakaan | Tiada | 1. Entri katalog bagi penerbitan bersiri atau karya dalam beberapa jilid yang mengandungi maklumat bibliografi lengkap yang butiran terperinci bibliografinya dirakam di dalam Entri Terbuka setelah perpustakaan menerima set lengkap.,2. Entri katalog yang tidak meninggalkan ruang kosong di dalam badan entri atau dalam koleksi supaya butiran tambahan koleksi boleh dirakamkan kemudian. |