transformed equations | persamaan-persamaan tertukar bentuk/persamaan-persamaan tertransformasi | Pentadbiran | Tiada | Persamaan-persamaan yang mana berlakunya perubahan dari satu bentuk ke bentuk yang lain. |
constitutive equation | persamaan juzuk | Kejuruteraan | Tiada | Ungkapan matematik bagi sifat mekanik bahan, misalnya hubungan tegasan-terikan. Persamaan-persamaan juzuk yang lain termasuklah persamaan-persamaan yang memerihalkan ciri-ciri pemindahan haba, rintangan elektrik, pengangkutan jisim dsb. |
dynamical analogy | analogi dinamik | Fizik | Mekanik | Keserupaan bentuk di antara persamaan-persamaan pembeza bagi sitem mekanik, akustik dan elektrik yang memungkinkan penurunan sistem mekanik dan akustik kepada rangkaian elektrik. Persamaan-persamaan pembeza ini dapat diselesaikan dengan kaedah teori litar elektrik. |
system of equations | sistem persamaan-persamaan | Pentadbiran | Tiada | Kumpulan persamaan yang tertakluk kepada penyelesaian serentak. |
diffusion equation | persamaan peresapan; persamaan pembauran | Kejuruteraan | Tiada | Persamaan peresapan: Persamaan yang digunakan untuk mengkaji taburan tenaga zarah yang sedang bergerak. |
stream function transfer equation | persamaan pemindahan fungsi-arus | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Persamaan komponen x dan y persamaan gerakan dan persamaan keselanjaran yang digabungkan dengan menggunakan konsep fungsi arus Langrange ke dalam satu persamaan bagi keadaan ketumpatan dan kelikatan yang malar, yang dijelaskan sebagai (rujuk m/s 304) atau dijelaskan dalam kebezaan relatif sebagai (rujuk m/s 305) dengan y = fungsi arah Lagrange, �2 = pengendali Laplacean, u = kelikatan kinematik, t = masa, x,y,z = jarak dalam arah paksi x, y, dan z. Persamaan ini menjelaskan persamaan gerakan dalam matematik yang lebih mudah dan padat kecuali tertibnya lebih tinggi. |
contact teransformation | transformasi sentuh | Fizik | Mekanik | Transformasi yang berlaku ke atas koordinat-koordinat dan momentum-momentum yang memperihalkan keadaan suatu sistem dinamik klasik dan membiarkan bentuk persamaan-persamaan Hamilton bagi gerakan tersebut tidak berubah. transformasi berkanun |
cubic equation of state | persamaan keadaan kuasa tiga | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Persamaan keadaan polinomial tertib ketiga dengan isi padu yang menjelaskan sifat cecair, wap dan gas berfungsikan tekanan dan suhu. Persamaan ini merupakan persamaan keadaan termudah yang sesuai bagi kegunaan praktik. Contoh persamaan keadaan ini ialah persamaan Van der Waals, Redlich-Kwong, dan Peng-Robinson. |
Bernoulli equation | persamaan Bernoulli | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Persamaan gerakan yang termudah dan berjaya dikamirkan pada keadaan kelikatan dan ketumpatan yang malar tanpa tegasan ricih (persamaan Euler). Persamaan ini dijelaskan sebagai (rujuk m/s 295) dengan u = halaju, g = pecutan graviti, z = ketinggian, P = tekanan, r = ketumpatan. |
vorticity formulation of creep flow | persamaan vortisiti aliran rayap | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Persamaan pemindahan vortisiti bagi aliran tanpa komponen inersia yang dipermudah sebagai (rujuk m/s 312) Persamaan ini ialah persamaan Fourier jika � = Wz, Pada keadaan pengaliran yang mantap, �2Wz = 0, dengan W = vortisiti, u = kelikatan kinematik, �2 = pengendali Laplacean. Persamaan ini ialah persamaan Laplace jika � = Wz. |