Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata persembahan 1


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pausejedaKesenianTiada1. Persembahan yang memerlukan pemberhentian sementara sebelum meneruskan persembahan.
video clippetikan videoKomunikasiTiada1. Persembahan video yang menggunakan hanya sebahagian daripada keseluruhan filem untuk tujuan promosi. 2. Persembahan video berdasarkan lagu yang dilakonkan atau imej yang mentafsir seni kata lagu dalam bentuk visual.
monodramamonodramaKesenianDrama dan Teater1. Persembahan seni drama yang hanya menggunakan seorang pelakon yang berdialog di atas pentas kepada penonton. Contohnya, drama Emily of Emerald Hillkarya Chin San Sui. 2. Persembahan seni drama yang aksi dan kisahnya hanya berlaku dalam pemikiran seorang wataknya. Contoh drama monolog ialah Bukan Bunuh Diri(1979) karya Dinsman.
paradesketsa pendekKesenianDrama dan Teater1. Persembahan yang diadakan untuk perayaan atau sambutan tertentu yang biasanya dilakukan di jalanan dengan kostum dan pakaian seragam. 2. Persembahan ringkas atau pendek yang diadakan di luar tempat pementasan sebenar untuk menarik penonton.
farcefarsaKesenianDrama dan Teater1. Persembahan jenaka dengan perlakuan yang berlebih-lebihan oleh watak-watak untuk menimbulkan kesan lucu. 2. Jenis komedi yang terendah dalam skala komedi kerana mengutamakan kebodohan pada kelakuan manusia. Contohnya, persembahan kyogendi Jepun.
lyriclirikKesenianTiada1. Persembahan vokal iringan lyre. 2. Puisi instrumental pendek. 3. Warna suara di antara nipis dan tebal. 4. Seni kata lagu.
dioramadioramaKesenianTiada1. Persembahan citra dalam bentuk tiga dimensi, biasanya bahagian latar belakangnya dilukis.
packagepakejKomunikasiKorporat1. Set persembahan maklumat mengenai kelompok barangan, perkhidmatan, atau organisasi. Persembahan maklumat dirancang secara berstruktur dan bersepadu untuk memperagakan citra barangan, perkhidmatan, atau organisasi yang berkenaan secara berpakej. Perancangan persembahan ini mengambil kira jenis, mutu, fungsi dan kepentingan barangan, perkhidmatan dan falsafah organisasi. Keseluruhan persembahan akan melambangkan citra barangan dan organisasi sebagai satu pakej. Persembahan secara berpakej dan bersepadu boleh mengatasi kelemahan yang sedia ada dalam organisasi. Contoh set persembahan adalah dalam bentuk kit media dan tawaran jualan barangan berpakej yang mengandungi pelbagai item dengan harga rendah. 2. Gabungan rancangan atau iklan yang ditawarkan oleh saluran televisyen untuk ditaja sebagai satu entiti menggunakan satu harga. Ruang iklan kadangkala dijual sebagai satu pakej.
children’s theatreteater kanak-kanakKesenianDrama dan Teater1. Persembahan teater yang khusus untuk khalayak kanak-kanak. 2. Kegiatan teater yang hanya menggunakan pelakon kanak-kanak dan lazimnya untuk khalayak kanak-kanak.
concerto (lt)konsertoKesenianTiada1. Konsert. 2. Persembahan muzik dalam bentuk concerted. 3. Satu karya muzik yang menampilkan persembahan pemain solo dengan iringan orkestra.
12345

Kembali ke atas